Sasar Doktor & Pegawai Kerajaan, Scammer Bogel Guna Baju Kulit Wanita Aktif Goda & Kikis Duit Ramai Lelaki

Sekumpulan penjenayah yang memakai baju kulit badan wanita dan menyamar sebagai wanita dengan mengugut menyebarkan foto bogel sedang aktif di China.

Media dari China melaporkan pada 20 Mei 2021 bahawa Polis China mendapati penjenayah ini telah memakai baju kulit wanita tiruan untuk menjadi wanita di atas talian dengan menggoda serta ugut ramai lelaki dengan foto bogel.

Foto dari video tersebut.

Video penjenayah tersebut telah dikongsikan pihak polis China. Dalam video berkenaan terdapat wanita jelmaan dengan berseluar dalam saja serta sedikit demi sedikit mendedahkan tubuh dari bahagian leher hingga ke bawah. Selepas itu, payudara palsu telah didedahkan yang mana ia ternyata adalah badan lelaki yang mengejutkan ramai orang.

Pihak polis turut mendedahkan penjenayah ini lebih fokus golongan yang berduit dan berstatus tinggi saja seperti doktor, guru dan pegawai kerajaan. Penjenayah dikenal pasti umpan mangsa dengan bogel dan mengugut menyebarkan video tersebut kepada keluarga mangsa serta meminta wang tebusan.

Difahamkan, jenayah ini giat aktif dijalankan sejak pademik COVID-19 melanda. Pada Jun tahun lalu, Kementerian Keselamatan Awam Guangdong mengesahkan bahawa 9,200 jenayah penipuan telah dilaporkan.

Kongsikan artikel ini