Menang Dua Trofi, Netizen Tergamam Lihat Peha & Punggung Epal Pelawak Lee Se Young!

Pelawak dan pelakon Lee Se Young yang berubah profession menjadi youtuber kembali mendapat perhatian dengan foto yang dikemaskini di laman instagramnnya.

Dengan berani, Lee Se Young telah mendedahkan foto eksklusif dia hanya memakai baju ketat dengan menayangkan bahagian punggungnya yang berbentuk seperti buah epal.

Foto tersebut telah dikongsikan pelawak ini pada 14 Mei 2021 dengan menulis dia akan mula diet lagi.

“Inilah hasil selepas pertandingan. Saya sudah bagus sekarang. Saya kembali diet. Saya akan muat naik video soal jawab tentang senaman dan diet di saluran Youngpyeong TV nanti. Jangan lupa menonton’ tulisnya di bahagian caption foto tersebut.

Foto Instagram Se Young


Bukan saja tergamam, banyak mata terbeliak melihat potongan badannya yang baru yang mana pinggang ramping dan bahagian dada yang seksi. Disampingi itu, ada juga berseloroh adakah itu HIP CG dan bagaimana cara dia bersenam?

Malah, ada yang mengatakan badannya terbaik. Lebih mengejutkan, penyanyi Cho turut memberikan komen mengejutkan dengan “”What’s up with the bread dog?”

Sementara itu, selepas rehat seketika di kaca TV, Se Young sangat aktif mengemas kini video dengan kekasihnya yang berbadan seksi dan kacak serta berdarah campuran Korea dan Jepun. Terbaru, Se Young baru saja memenangi dua trofi dalam sebuah pertandingan FItness yang berlangsung di Korea baru-baru ini.

Kongsikan artikel ini