Panggilan Keramat Tiba, 6 Bintang Korea Terpaksa Letak Jawatan & Bersara !

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Walaupun masih lagi belum bebas dari kemelut wabak Covid-19, peminat seni hiburan Korea mampu tersenyum kembali apabila 2021 menyaksikan ramai bintang Korea sudah bebas dari tanggungjawab negara sebagai askar. Difahamkan, ramai bintang KPOP dan pelakon yang sudah menyepi selama dua tahun kini sudah pun terus aktif menjalani hidup sebagai selebriti.

Dalam pada itu, ada juga peminat Hiphop di Korea terpaksa sedih ketika ini kerana ramai rapstar Korea terpaksa meletak jawatan dan bersara untuk tempoh dua tahun. Persaraan sementara ini adalah atas sebab mereka sudah pun dipanggil kerajaan Korea untuk menjalani latihan khidmat ketenteraan.

Penampilan baru Lee Jung Suk selepas kembali aktif Januari 2021.

Kesedihan itu turut melanda peminat drama Korea kerana salah seorang aktor yang bermata cantik seperti kucing turut sama bakal mendiamkan diri untuk melaporkan diri sebagai askar di Korea. Apa sekalipun, persaraan mereka ini bukanlah tanda mereka melucutkan diri dari berkarya, sebaliknya ia adalah petanda mereka akan menjadi yang lebih baik.

Kesimpulan ini difikirkan peminat seni kerana hampir kesemua bintang Korea yang kembali dari pertapaan askar menjadi bintang ternama selepas berjaya menjalani khidmat negara. Ada juga yang berubah dari biasa-biasa saja kepada luar biasa. Paling penting, sebelum ini hanya dikenali di Korea tetapi selepas keluar jadi lelaki sejati, satu dunia tertawan dengan mereka.

Penampilan terbaru Shinee selepas dua ahli mereka kembali hujung 2020.


Apa sekalipun, berikut adalah enam bintang Korea yang akan mulai hidup sebagai askar pada awal tahun 2021. Adakah mereka kesukaan anda?

Prev1 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse