Selepas penyanyi OST, Hero Sebenar ‘Boys Over Flower’ Mati Dilanggar Teksi

Industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita kematian produser dan pengarah tersohor Korea iaitu Jeon Ki Sang yang telah menghembuskan nafas terakhir di usia 59 tahun.

 

 

 

 

Menurut laporan, Ki Sang telah mati pada 13 Januari jam 1.20 pagi (waktu Korea Selatan) akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kejadian itu berlaku sewaktu Ki Sang mahu melintas jalan raya dan secara tiba-tiba dia telah dilanggar teksi.

 

 

 

Laporan polis menyatakan mendiang telah digegaskan ke hospital sebelum disahkan mati. Lebih menyedihkan, keluarga mendiang yang dianggap hero sebenar drama Boys Over Flower lakonan Lee Minho tinggal diluar negara dan kini dalam perjalanan pulang ke Korea selepas menerima berita kematian tersebut.

 

Drama Boys Over Flower yang mencetuskan fenomena di banyak negara.

Selain pengarah, Ki Sang turut dikategorikan sebagai hero drama Korea sebenar kerana banyak drama karyanya popular bukan saja di Korea sebaliknya turut menjadi siulan peminat antarabangsa. Ki Sang juga adalah karyawan yang bertanggungjawab menaikkan nama aktor Korea seperti Lee Minho, Lee Dong Wook, Kim Hyun Joong dan ramai lagi.

 

Sewatu bertugas di Stesen KBS, Ki Sang telah mengarahkan drama popular seperti Sassy Girl Chun Hyang, Papa dan Body Guard. Namun, selepas meninggalkan rangkaian TV terbesar di Korea tersebut sekitar 2005, Ki Sang terus mencipta nama dengan menerbit dan mengarahkan drama Boys Over Flower, My Girl, Witch Yoo Hee, To The Beautiful You dan banyak lagi.

 

Drama yang menampilkan hero popular Korea masa kini.

 

Selain drama yang berkualiti, kesemua hasil tangan Ki Sang mempunyai lagu-lagu runut bunyi yang menjadi kegemaran dan popular. Apa yang pasti, mendiang Jong Hyun Shinee juga menyanyikan lagu runut bunyi Boys Over Flower berjudul Stand By Me bersama kumpulan SHINee.

 

 

 

Majlis memperingati pengarah tersohor ini akan disediakan oleh keluarga mendiang. Salam takziah buat keluarga mendiang dari EH! KOREA BUZZ.

Kongsikan artikel ini