Siapa Dalang ‘Agama BTS’? ARMY Malaysia atau Indonesia? Ini Isu Panas Tular Sekarang

Secara tiba-tiba, tular di media sosial, ramai naik hantu apabila mendapat tahu kewujudan group atau komuniti Agama BTS di aplikasi telegram. Difahamkan, group ini diwujudkan khas buat peminat yang obses dengan 7 jejaka tampan dari BTS iaitu Jungkook, V, Jimin, RM, J Hope, Jin dan Suga.  

Daripada hampa nak rosakkan Agama, baik Murtad terus senang… .Muda² dah pandai perlingkup Agama, dh tua sah Sesat dgn keras kepala!!!.#KEPALA_BANA_DIA_AGAMA_BTS

Posted by Zoro Zangetsu on Selasa, 5 Mei 2020

Group ini mula mendapat perhatian apabila sebuah video berkaitan Agama BTS telah dikongsikan di laman facebook. Menerusi video perkongsian tersebut, akaun facebook yang menggunakan nama Zoro Zangetsu telah menjelaskan kesilapan akidah yang berlaku di atas kewujudan group yang tidak sewajarnya ada.

Group agama BTS telah memesongkan agama Islam dengan menjadikan ahli-ahli BTS sebagai Tuhan. Malah, pengelola group ini turut menyenaraikan 5 rukun Agama BTS. Antaranya ialah Lafazkan Ashadu La Ilah Jimin dan kita suci BTS adalah dari dance. 

Perkongsian video tersebut turut mendapat perhatian musician tempatan iaitu Amir Ali yang telah memuat naik beberapa aktiviti group tersebut di laman facebook. Perkongsian dari Amir Ali terus tular kerana kewujudan group ini sememangnya salah dari segi aqidah dan undang-undang. Malah, ia juga menimbulkan kerisauan kerana kebanyakan peminat BTS terdiri daripada kalangan anak remaja yang masih bersekolah lagi.

Pelbagai komen berang telah dilahirkan netizen menerusi perkongsian Amir Ali sehingga ada juga peminat tegar BTS salah anggap dengan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh individu ini.

Memandangkan isu ini sangat sensitif, ada pihak telah melaporkan isu berkenaan dengan pihak JAKIM (Jabatan Agama Islam Malaysia).   

Menyemak tentang isu panas ini dengan orang terdekat BTS, wakil dari peminat Kelab rasmi BTS (myswagarmy) iaitu Farhana menjelaskan group tersebut berasal dari peminat tegar BTS di Indonesia. Malah, dia mengesahkan bahawa tiada army dari Malaysia yang terlibat dengan komuniti itu. 

Selain peminat tegar, group itu juga difahamkan telah dianggotai haters BTS yang cuba menjatuhkan BTS termasuklah kelab peminat BTS. Mengenai pengakuan yang dikatakan wakil dari Malaysia, Farhana memberitahu berkemungkinan ia adalah penyamaran yang telah dibuat oleh orang Indonesia.

BTS sering tular kerana ketaksuban peminat.

Apa sekalipun, army Malaysia sebenarnya tidak tahu menahu tentang kewujudan group ini. Malah, mereka sama sekali tidak bersetuju dan membangkang group tersebut. Ahli peminat Malaysia juga telah diberi amaran supaya tidak menyokong dan memboikot group yang dirasakan mahu cuba menjatuhkan BTS. Ia sama sekali salah disisi agama.    

Di samping itu, demi menjaga imej BTS serta tidak mahu isu ini mendatangkan masalah pada bintang kesayangan mereka, wakil peminat ini sudi memberikan kerjasama bagi membanteras isu panas ini dari terus berleluasa.    

Berikutan isu ini sudah menjadi besar, banyak pihak sekarang ini sedang menyiasat dalang sebenar group ini. Adakah benar ia dicipta dari orang Indonesia atau sebaliknya? Namun, ada juga informasi memberitahu, admin group ini telah memohon maaf dan menutup group itu secara rasmi. Bagaimanapun, ia masih lagi belum sahih kerana group tersebut masih lagi wujud dan boleh dicari.  

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan tidak mengundang pelbagai salah faham sama ada dari peminat BTS mahupun netizen. Semoga dalang tersebut mengambil pengajaran dari isu ini dan tidak mengulangi kesilapan

Kongsikan artikel ini