Siapa Nak Bertemu Dengan 3 Jejaka Kacak Dari Single Inferno 3 Di Kuala Lumpur?

Sebaik saja Single Inferno musim ketiga melabuhkan tirai di Netflix, tiga jejaka dari program ini sering menjadi tular di laman sosial. Lebih-lebih lagi di laman tiktok. Mereka adalah Son Won Ik, Park Min Kyu dan Lee Gwan Hee.

Yang kerab tular adalah Wonik dan Park Min Kyu. Punca mereka jadi bualan adalah kerana mereka bijak berbicara dalam Bahasa English. Malah, Wonik atau nama Englishnya Nik bijak dan ada trademark sendiri apabila kemas kini video di laman Tiktok serta memulakan perbualan.

Keakraban mereka bertiga juga dilihat sangat bagus dan boleh diibaratkan seperti pendekar bujang lampuk iaitu P Ramlee, Sudin dan Aziz Satar. Kerap berbual dan membuat live di laman tiktok, Wonik dan Minkyu ada memaklumkan bahawa mereka akan pergi ke Indonesia untuk kerja. Pengumuman itu membuatkan ramai teruja dan ingin berjumpa dengan mereka secara berdepan.

Memandangkan popularity mereka meningkat tinggi, ada pihak dari Malaysia sedang mengintai untuk membawa mereka bertiga. Keutamaan diberikan kepada Min Kyu dan Wonik kerana personality nakal Gwan Hee agak kurang disukai tetapi akan mengundangnya sekali sebagai trio bujang lapok dari Korea.

Dalam pada itu, keputusan samada mereka akan datang ke Kuala Lumpur masih dalam perbincangan lagi. Tetapi, seandainya permintaan tinggi dan ramai mahu bersemuka dengan mereka, perancangan ini  akan dipercepatkan lagi.

Seandainya anda salah seorang dari peminat mereka dan ingin berjumpa dengan mereka secara  berdepan, kongsilah berita gembira ini supaya mendapat sokongan dan membuatkan penganjur cepatkan lagi proses ini. Agak-agak anda, siapa paling popular di Malaysia, Wonik, Min Gyu atau Gwan Hee?

Gwan Hee, 36 tahun: Professional Basketball Player & Youtuber
Won Ik, 31 tahun: Ejen Hartanah
Min Kyu, 35 tahun: Korea Coast Guard- Special Rescue Team.

 

Kongsikan artikel ini