Kemenangan Justin Ho Wakil Malaysia Dipuji Warga Oversea Tapi Dikeji Peserta Cemburu!

Baru sehari pengumuman pemenang Altitude World Supermodel Malaysia 21/22, pihak Korea Buzz telah menerima beberapa pandangan bukan saja dari warga Malaysia bahkan pembaca dari antarabangsa. Kemenangan Justin Ho telah diumumkan secara rasmi dengan dia dipilih sebagai penghias muka depan Korea Buzz edisi februari 2022.

Pun begitu, pemenang tempat kedua, ketiga dan anugerah kecil yang lain masih belum diumumkan lagi kerana ia bakal diumumkan dalam waktu terdekat seiring dengan tayangan Yantera terbitan MYS Studio. Yantera boleh ditonton secara online di saluran Youtube Korea Buzz TV.

Berbalik kepada kemenangan Justin Ho, rupa-rupanya ramai warganet sudah menjangka dengan kemenangan beliau. Malah, ada yang mengikut perkembangan peserta dari minggu pertama hingga minggu kelima melihat prestasi Justin Ho yang layak bergelar juara.

ALAN


Selain dari itu, nama seperti Sheik, Jeeks, Dave dan Alan turut sama dijangka memenangi pertandingan ini. Namun, rezeki berpihak kepada Justin Ho dan dia merupakan wakil sulung Malaysia ke peringkat antarabangsa kerana ini merupakan kali pertama Malaysia menghantar wakil ke peringkat antarabangsa dalam AWSM Global.

Jangkaan dan pujian terhadap kemenangan ini bukan saja diterima dari warganet Malaysia tetapi ia turut dipersetujui oleh sebilangan besar warganet antarabangsa. Secara kesuluruhan, tiada komen negatif terhadap juara Justin Ho. Sebaliknya, Justin Ho menerima banyak pujian.

Antara pujian yang diterima Justin dari pihak antarabangsa ialah Justin Ho mempunyai aura segar, baru dan bertenaga. Malah, dia dikatakan mempunyai eleman dan wajah yang sangat sesuai untuk bidang peragaan komersil bukan saja catwalk tetapi untuk iklan TV dan banyak lagi.

Lebih menarik lagi, ada yang berpendapat, Justin Ho seakan mempunyai magis. Dia juga bakal menjadi luar biasa andaikata dia berjaya merubah susuk tubuhnya menjadi lebih maskulin. Disamping itu, ada juga kecewa Dave tidak menjuarai pertandingan ini.

DAVE


Namun, sama ada Dave dan Alan mendapat tempat untuk anugerah lain masih belum pasti lagi. Dalam pada itu, mereka yang menyayangi Dave dan Alan sedar bahawa kedua-dua mereka ini masih banyak perlu digrooming lagi. Oleh itu, ada juga mahu mereka terus bersama pasukan AWSM Malaysia kerana melihat kesemua TOP9 berubah menjadi semakin baik dan luar biasa.

Walaupun menerima pujian melambung dari pihak antarabangsa, kemenangan Justin Ho amat dicemburui oleh peserta AWSM. Dengarnya, ada yang berperangai talam dua muka. Dalam erti kata lain, ada yang mengatakan Justin layak tetapi dibelakang menjaja cerita negatif dan merasakan orang lain lebih layak kerana mempunyai identiti Malaysia.

JUSTIN HO


Kritikan tersebut sememangnya diketahui pihak dalaman tetapi ia dianggap satu perkara normal kerana pihak penganjur dan juri lebih tahu apa yang layak. Justin Ho juga mempunyai aura yang baik dan mampu membawa nama baik Malaysia ke peringkat antarabangsa nanti.

Untuk mengetahui lebih lanjut cerita dan drama panas ini, anda boleh menonton Yantera di sini.

Kongsikan artikel ini