Isu Oppa Makin Panas, Jom Semuka 3 Jejaka Korea Jika Tak Puas Hati Malam Jumaat Ini!

Setiap hari, ada saja isu berkaitan lelaki Korea dibangkitkan. Bukan saja dari rupa, tetapi fizikal dan alat sulit mereka sering saja menjadi bualan. Apa yang pasti, kesahihan cerita panas itu sememangnya tidaklah sahih 100%. Malah, ada yang tidak tepat dan hanya rekaan cerita semata-mata.

Jadi, bagi mengulas dan merungkai segalanya, KBTalk memberi peluang anda bertanya sendiri isu-isu berkaitan lelaki Korea kepada finalis Altitude World Supermodel Korea yang masih tinggal iaitu Kwon Hee (MUSE 3), Misha (MUSE 4) dan Young Su (MUSE 7).

Mereka bertiga sudi menjawab segala persoalan dan pertanyaan dari anda semua sama ada dalam bahasa English mahupun Korea. Apa yang masti, bujang-bujang dari Korea ini akan bersama selama sejam pada Jumaat bertarikh 27 Ogos 2021 bermula jam 10 malam waktu Korea Selatan.

Bagaimanapun, mereka bertiga akan bersama berlainan waktu iaitu Kwon Hee dari Jam 11 malam hingga 12 tengah malam. Manakala Misha dan Young Su akan bersama bermula dari jam 10 malam hingga 11 malam.

Klik di sini untuk bertemu janji dengan mereka secara langsung dari Korea.  

Kongsikan artikel ini