Siwon Mahu Bersemuka Rakyat Malaysia 7 Ogos Ini! Oppa Celup Sean Lee Pun Ada Tau

Ahli Super Junior yang juga aktor popular Korea, Choi Siwon mengumumkan teringin berbicara dan berborak dengan peminatnya di Malaysia. Perkara tersebut telah diumumkan oleh aktor kacak ini menerusi entri instagram terbarunya.

Siwon


Menurut pengumuman tersebut, Siwon akan menyertai siaran langsung Instagram di akaun @myKiehls pada 7 Ogos ini jam 3 petang waktu Malaysian. Sebagai jurucakap My Kiehls, Siwon mahu orang ramai menyertainya dan mempelajari cara mencipta masa depan yang baik bersama.

Lebih istimewa, pelakon Malaysia yang mendapat jolokan Oppa Celup iaitu Sean Lee turut sama menyertai Siwon. Dalam sesi lintas langsung itu, penonton berpeluang main games, menangi hadiah dan menerima pelbagai tips eksklusif dari si kacak ini.

Sean Lee

Mungkin jua, Siwon mahu ulas tentang akaun Instagramnya yang lenyap seketika tempoh hari. Siapalah wanita yang berjaya menawan hati Siwon ni? Sampai sekarang dia masih lagi bersih dari bercinta.

Kongsikan artikel ini