Sukar untuk dipercayai apabila isterinya membalas mesej saya cinta awak kepada bapa tirinya. Skandal antara menantu tiri dan bapa tiri ini menjadi bualan hangat warganet di Korea selatan.
Pada 23 Jun 2021, laman komuniti Nate telah memuat naik isu bertajuk “Apa yang perlu saya lakukan tentang hubungan sulit antara ayah tiri dan menantu tiri? Tulisan dari individu yang mahu mati.
Individu tersebut dikenalpasti sudah berkahwin selama 10 tahun. Dia mula syak hubungan sulit antara isteri dan bapa tirinya sejak dua tahun kebelakangan ini. Hubungan mereka dikatakan sangat intim menerusi aplikasi kakaotalk.
Lelaki berkenaan perasan perangai isterinya berubah dan sering saja menghubungi ayah tirinya itu. Malah, masalah berkaitan anaknya langsung tidak dimaklumkan kepadanya sebaliknya isterinya mengadu kepada bapa mentua tirinya.
Isterinya juga dikatakan seorang wanita yang mengawal gaji bulanan suami. Apabila dia mula syak perkara tersebut, ahli keluarga yang lain pula mendakwa bahawa dia ada masalah mental kecuali ibunya saja.
“Sila beritahu saya kalau saya yang bermasalah. Isteri dan ayah tiri saya mungkin bermasalah dan jika saya bertanya, saya dikatakan terlebih emosi,” kata lelaki berkenaan.
Si suami turut berkongsi keratan mesej dari isterinya untuk ayah tirinya seperti Saya Cinta Awak dan tolong jangan sakit.
Ayah tirnya juga membalas dengan menulis cuba menghubungi isterinya pada waktu malam. Malah, dia juga memberikan emoji sayang dengan tulis saya sayang awak dan yes honey.
Lebih mengejutkan lagi, ayah tirinya meminta cerai terhadap ibunya. Dia mengatakan dia langsung tidak melakukan kesalahan tetapi famili dia dalam kesusahan kerana salah faham dirinya yang suka memberi perkara kecil jadi besar.
Dalam situasi tersebut, isterinya dikatakan masih lagi menghubungi ayah tirinya. Malah, dia juga berfikir untuk bercerai tetapi tak mampu berbuat demikian kerana memikirkan soal dua anak perempuan.
Mendengar rintihan tersebut, warganet menyarankan lelaki ini untuk memasang kamera CCTV untuk melihat dan mengawasi gerak geri isterinya..