Body Mantap, itulah kata-kata yang terungkap apabila majoriti peminat pemain bola sepak antarabangsa asal Korea Selatan dipilih menjadi model utama seluar dalam jenama antarabangsa, Calvin Klein.
Bahkan, aura yang ditampilkan Son Heung Min dalam foto tersebut sama hebat dan setaraf model sebelum ini iaitu David Beckham.
Bagi mempromosikan jenama unggul ini, Son Heung Min yang dilantik menjadi duta baru telah menunjukan susuk tubuhnya yang menawan hasil dari kehidupan seharian sebagai pemain bola pasukan Tottenham Hotspur.
Foto yang berkonsepkan Son tayang badan sambil bersenam dengan memakai seluar dalam Calvin Klein mencipta atmosfera maskulin dan seksi dengan dia hanya memakai pakaian denim sambil menunjukan seluar dalam.
Apa yang pasti, sebaik saja foto-foto ini disiarkan sosial media, ramai terpegun dan cemburu. Malah, bukan saja wanita, lelaki turut sama mengaum melihat foto berkenaan.
Aura yang ditampilkan Son luar biasa sehinggakan ramai menyangka dia adalah pelakon Korea bukan bintang bola sepak.
Jadi tidak hairanlah, kalau dia bersara dari arena bola sepak nanti boleh terus bersinar menjadi pelakon drama atau filem Korea. Apapun, tahniah diucapkan kepada Son Heung Min yang meraikan ulangtahun ke-7 dengan menyertai English Premier League ‘Tottenham Hotspur.