Kematian Mengejut Aktres Song Yoo Jung Di Usia 26 Tahun Seperti Dirancangnya

Bintang drama School 2017, Song Yoo Jung telah pergi buat selamanya apabila dia ditemui mati ketika usia 26 tahun pada 25 Januari 2021. Pemergiannya diklasifikasikan sebagai mengejut.


Menurut laporan, aktres ini telah menyatakan satu pilihan ekstrem apabila dia dikatakan mahu menamatkan hidupnya pada 23 Januari lalu. Majlis pengebumian mendiang Song Yoo Jung diadakan di bilik nombor 3 dewan kematian di cawangan Seoul Medical Centre yang terletak di Gangnam.
Majlis memperingati tersebut bermula tepat jam 1.30pm, 25 Januari 2021 di Jangji iaitu Seoul Memorial Park.


Song mula menjejaki dunia hiburan dengan menjadi model kosmetik dan disukai ramai dengan mask eksotik serta personaliti yang berwarna. Dia mula berlakon dalam drama hujung minggu di MBC bertajuk Golden Rainbow pada 2013. Kemudian dia tampil menerusi drama Tell Me Your Wish dan School 2017 yang menaikkan namanya sebagai pelakon di Korea.

Selain lakonan, dia juga aktif sebagai model pengiklanan untuk jenama kopi, ais krim, kosmetik dan lain-lain lagi. Pada 2020, dia telah menandatangani kontrak dengan agensi pelakon Song Kang Ho. Kematiannya menimbulkan pelbagai reaksi sedih dari pelbagai lapisan peminatnya yang mendoakan semoga dia tenang di sana.

Kongsikan artikel ini