Parodi Drama Squid Game Dari OVA Tular Dengan Melebihi 2.7 Juta Tontonan Di Tiktok!

Drama Korea dari Netflix berjudul Squid Game menimbulkan kekecohan seluruh dunia termasuklah Malaysia. Drama lakonan bintang Goblin, Gong Yoo diinspirasikan dari permainan video kanak-kanak popular di Korea iaitu Squid Game.

Penularan drama ini berlaku selepas babak Gong Yoo mencabar watak protagonis Seong Gi Hun untuk berlawan dalam permainan yang dipanggil Ddakji. Warna merah bererti pekerja. Manakala warna biru pula adalah pemain.  

Objektif permainan ini adalah membaling sampul surat berbentuk petak ke lantai untuk menjatuhkan pihak lawan.

Babak Inspirasi

Artis baru, OVA yang telah membuat parodi babak ini telah menjadi tular apabila netizen menegur salah seorang dari ahli OVA iaitu Syazwan yang terlupa melakukan babak dari drama asal.

Menariknya, video yang dimuat naik ketua kumpulan OVA iaitu Syazwan, yang baru saja pre debut sebagai kumpulan MPOP di Malaysia ini telah mendapat lebih2.7 juta penonton di laman tiktok.

Syazwan mengatakan selepas ini dia bakal muat naik banyak video inspirasi memandangkan banyak permintaan dari peminat. Kumpulan ini di bawah pengurusan Big Shot Entertainment. Mereka telah tampil dalam program Gala Night AWSM Korea 2021 dan mempromosikan lagu perkenalan kumpulan mereka Over All di youtube.

Kongsikan artikel ini