Steven Yeun Jadi Lelaki Asia Pertama Tercalon Oscar Untuk Kategori Aktor Terbaik!

Walaupun sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan di Hollywood, bakat lakonan Steven Yeun yang berasal dari Korea akhirnya diiktiraf dengan menjadi lelaki Asia Pertama tercalon untuk kategori aktor terbaik Academy Award yang ke 93. (OSCAR)


Untuk kategori berkenaan, Steven yang dicalonkan bagi filem Minari bersaing rapat dengan pelakon hebat Hollywood seperti Gary Oldman, Anthony Hopkin dan mendiang Chadwick Bosman.


Steven menerima kalungan tahniah dari keluarga drama bersiri Walking Dead  dilaman sosial. Sebelum dikenali dengan gah menerusi filem Minari, Steven lebih popular menerusi drama bersiri Walking Dead.


Selain kategori aktor terbaik, Minari juga tercalon dalam enam kategori lain termasuk Pengarah Terbaik, Best Picture, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Original Screenpaly Terbaik dan Anugerah Muzik Terbaik.

Bagi kategori pelakon pembantu wanita terbaik, aktress veteran dari Korea iaitu Youn Yuh Jung menjadi aktres Korea pertama tercalon untuk kategori ini.

Youn Yuh Jung

Bezanya Youn Yuh Jung dan Steven adalah Steven sudah lama berada dalam industri hiburan Hollywood serta dia menetap di Amerika Syarikat.  Tidak seperti Yuh Jung yang asli dari Korea dan aktif dalam perfileman Korea sehingga meletakkan dia sebagai ikon aktres Korea terbaik.

Kongsikan artikel ini