Bintang KPOP Infinite, Kim Sung Kyu Positif COVID-19 Pada Hari Dia Disuntik Vaksin!

Pada pagi 27 Jun 2021, agensi Double HTN yang menguruskan ahli Infinite, Kim Sung Kyu mengesahkan bahawa figura ini positif COVID-19.

Kim Sung Kyu- Foto Naver.com


Sung Kyu yang dalam persediaan untuk persembahan muzikal Gwanghwamun Sonata telah pun mengambil vaksin pada 10 Jun tetapi didapati positif pada hari yang sama. Penyanyi ini dilaporkan tidak mengalami sebarang gejala dan dalam keadaan baik.


Pihak terlibat telah melakukan tindakan selanjutnya termasuklah memerika pekerja yang terlibat dengan Sung Kyu. Disebabkan positif, kesemua aktivitinya dihentikan serta merta kerana dia perlu menjalani kuarantin. Malah, semua kontak rapat dengan Sung Kyu juga turut sama menjalani kuarantin dan pemeriksaan lanjut.


Dalam pada itu, pihak agensi bakal memberi kerjasama dengan polisi kerajaan dan buat yang terbaik untuk menguruskan hal kuarantin. Malah, mereka memohon maaf kepada pihak yang terlibat secara langsung dengan artisnya itu.

Kongsikan artikel ini