Mulanya Terpinga-pinga Namun Daud Kim Cabar Diri Alunkan Takbir Raya Buat Pertama Kali!

Sungguhpun ini kali kedua bagi Daud Kim menyambut Aidilfitri, bapa kepada Jason Kim dan suami kepada Mia Lee ini ternyata tidak pernah mencuba untuk melafazkan takbir Raya. Malah, Daud Kim agak terpinga-pinga apabila pihak editorial Korea Buzz bertanya mengenai Takbir Raya.

Walaubagaimanapun, Daud tidak menolak dan memberanikan diri untuk mencuba Takbir Raya buat pertama kali. Sesungguhnya, percubaan Daud Kim harus dipuji kerana mahu belajar. Bersama dengan Daud Kim, rakan duetnya menerusi lagu Insa Raya, Hyunmin-A turut sama Daud untuk melaungkan Takbir Raya.

Diharap percubaan pertama Daud Kim ini tidaklah mengundang perkara negative malah dia terbuka untuk belajar lagi Takbir Raya dengan baik. Apapun, Daud yang mengemudi Diary Ramadan DK Family mengucapkan Selamat Hari Raya dan sempat menyampai ucapan lebaran dalam beberapa bahasa di laman youtube.

Kongsikan artikel ini