Takziah, 10 Fakta Tentang Kematian Mengejut Aktor Korea, Kim Joo Hyuk

Seluruh warga Korea amat terkejut dan berasa sedih selepas menerima berita mengejutkan mengenai pelakon hebat Kim Joo Hyuk yang telah disahkan meninggal dunia pada petang 30 Oktober 2017.

 

 

Lebih menyedihkan lagi, Joo Hyuk yang disukai menerusi aksi lucunya dalam program TV berjudul 2 Days & 1 Night telah pergi buat selamanya selepas mengalami kemalangan kereta yang dipandunya sendiri.

 

Tatkala ini seluruh peminat hiburan di Korea sedang berkabung dan meluahkan rasa sedih dan terkejut mengenai berita ini. Takziah buat keluarga aktor ini dari EH!KOREA BUZZ.

 

Hasrat untuk berkahwin bersama kekasihnya pada penghujung tahun ini tidak kesampaian.

Berikut adalah 10 Fakta mengenai kematian Kim Joo Hyuk dalam kemalangan tragis.

 

  1. Pada petang 30 Oktober, Kim Joo Hyuk sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah. Bagaimanapun, Kim Joo Hyuk dilaporkan mengalami sakit dada secara tiba-tiba dan telah membawa keretanya secara perlahan. Bukti ini telah dikenal pasti menerusi rakaman Black Box dari kereta Mercedes Benz SUV yang dipandunya.
  2. Kim Joo Hyuk didapati hilang kawalan dan telah melanggar bangunan berhampiran iPark Mall di Samseong Dong. Ianya difahamkan seminit jauh dari kediamannya. Polis mengesahkan kemalangan tersebut disebabkan serangan jantung yang menyebabkan dia tidak boleh mengawal kenderaan tersebut. Malah, ada saksi melihat aktor ini telah memegang dadanya tanda menahan sakit ketika memandu.
  3. Sewaktu cuba diselamatkan, pihak penyelamat telah bergegas membawanya ke hospital Universiti Konkuk selepas dia didapati mengalami tanda-tanda serangan jantung.
  4. Beliau telah disahkan mati selepas 2 jam kemalangan walaupun pihak penyelamat telah cuba sedaya mungkin untuk menyelamatkan nyawanya.
  5. Kemalangan telah berlaku pada 30 Oktober 2017 jam 4.30 petang di Samseong Dong, Korea Selatan.
  6. Pada Disember 2016, Kim Joo Hyuk telah mengesahkan menjalinkan hubungan dengan aktres, Lee Yoo Young. Manakala, pada Februari 2017, mendiang juga telah mengesahkan ingin menamatkan zaman bujangnya dengan aktres ini pada penghujung tahun 2017.
  7. Aktor ini dikenali sebagai pelakon yang banyak meraih anugerah dan mula dikenali menerusi filem Confidential Assignment. Malah, pada 27 Oktober 2017, beliau baru saja meraih anugerah sebagai pelakon pembantu terbaik di Seoul Awards.
  8. Rakaman program popular Korea iaitu Running Man yang dibuat di Busan terpaksa diberhentikan secara mengejut kerana kekasih mendiang, Yoo Young terlibat dengan rakaman itu serta tidak dapat meneruskan rakaman tersebut. Selain Yoo Young, seluruh warga Running Man turut sama pulang ke Seoul selepas berita ini disahkan.
  9. Mendiang Kim Joo Hyuk telah dilahirkan pada 3 Oktober 1972. Dia telah menghembuskan nafas terakhir di bulan kelahiran iaitu pada 30 Oktober 2017.
  10. Aktor hebat ini telah memukau peminat hiburan Korea dengan lakonannya dalam karya bermutu seperti YourSelf & Yours (2016) The Servant (2010) dan My Wife Got Married (2008). Dia juga sangat dikenali menerusi program TV seperti Argon, Hur Jun: The Original Story, Lovers in Prague, 2 Days & 1 Night dan Saturday Night Live Korea.

Kongsikan artikel ini