Tandas Neutral Jantina Bakal Dibina, Tandas Lelaki Boleh Diguna Wanita Dalam Keadaan Terdesak Cetus Kemarahan!

Tanda arahan yang diletakan di tandas awam lelaki di Kawasan Yeoju mencetuskan kontroversi. Pada 15 Julai 2021, posting berjudul “How Yeoju Rest Area is Doing” di laman komuniti Epem Korea telah mengejutkan ramai pihak.

Artikel tersebut melampirkan foto tandas awam lelaki yang terletak di kawasan Yeoju. Tajuk yang diletakan adalah jangan terkejut. Ini kerana, tandas lelaki ini dikatakan boleh berubah menjadi tandas wanita dalam hal terdesak.

FOTO cetus kontroversi. Naver.com


Arahan tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya sehinggakan ada yang naik berang. Malah ada pihak yang mengatakan ia lebih kepada serangan seksual dan akan menyaman pihak tertentu.

Foto hiasan – naver.com


Sementara itu,  kontroversi berkaitan tandas meletus pada Mei lalu apabila sebuah tandas Seks Neutral akan dibina di Universiti Sungkonghoe di Gurogu, Seoul. Badan pelajar Universiti Sungkonghoe sebulat suara mengundi untuk pemasangan tandas neutral jantina.


Kongsikan artikel ini