Use your ← → (arrow) keys to browse
Di sebalik keceriaan dan kemewahan yang dikecapi oleh bintang ternama Korea ini, pasti ramai tidak tahu bahawa mereka mengalami sakit yang teruk melibatkan mental dan emosi. Malah, barisan artis yang tersenarai ini masih lagi menghidapi masalah berkenaan dan dalam tempoh rawatan.
Bagaimanapun, mereka semua disahkan masih lagi bergiat aktif dari dunia seni hiburan walaupun kerjaya mereka menjadi salah satu faktor figura popular ini menghidap sakit berkenaan. Buat pembaca setia EH!KOREA BUZZ, kami senaraikan 34 Selebriti Korea yang telah disahkan menghidapi masalah sakit jiwa dan tekanan emosi.