Tiktoker Merangkap Penyanyi Popular Reject Peminat Lepas Kantoi Dirinya Homo Dalam…

Nama penyanyi dan tiktoker ini tidaklah segah seperti penyanyi Khai Bahar. Namun, video content yang dimuat naiknya dalam akaun sangat popular sehingga trending di beberapa buah negara.

Jika melihat personaliti dan wajahnya, ramai juga menyangka dia berdarah Korea namun dia berbangsa Cina tetapi mahir dalam menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Korea.

Selain menyanyi dan aktif membuat video di tiktok, dia juga merupakan produser dan komposer yang banyak membuat lagu-lagu viral. Kebanyakan lagu yang diubahnya banyak ke arah Kpop.

Baru-baru ini, ada seorang peminat kepada figura ini mengadu dan tidak sangka telah di reject tiktoker ini. Ceritanya bermula apabila penyanyi ini dikatakan membuka akaun di sebuah aplikasi lelaki saja.

Menerusi akaun tersebut, penyanyi ini tidak berselindung dan meletakan segala informasi termasuklah gambar peribadinya. Peminat tersebut teruja dan terus menghantar mesej kepada penyanyi ini.

Selepas peminat ini menegur, penyanyi ini tanpa menjawab terus block peminat tersebut. Peminat tersebut terkedu dan dia cuma mengatakan dia adalah peminatnya. Yang menyinggung hati peminat itu, adakah penyanyi ini terkejut identitinya kantoi bahawa dia seorang lelaki songsang?

Jika benar, kenapa mempunyai akaun berkenaan walhal dia sudah maklum aplikasi tersebut hanya untuk lelaki saja. Namun, peminat tersebut berfikir, jika itu adalah penyamaran orang lain yang menggunakan identitinya, tetapi kenapa semua fakta dan perkara yang disiarkan sah dan sama seperti pemilik.

Apa sekalipun, peminat tersebut hanya mahu jika benar penyanyi tersebut membuat akaun itu, kenapa mesti nak menolak mesej dari peminat yang menyokongnya. Yang penting, peminat ini terus setia meminatinya kerana mesej tersebut bukanlah untuknya membuat hubungan terlarang dengan penyanyi ini, ia sekadar mengatakan hasrat dia penyokong penyanyi ini.

 

Terdetik sekarang, apakah tujuan penyanyi ini dalam aplikasi tersebur? Adakah dia mahu tampil dengan lagu berkaitan komuniti ini atau benar dia mahu cari pasangan lelaki touch n go?

 

 

Kongsikan artikel ini