Tony Eusoff Jadi Vampire Disamping Aktor Korea, Misha Choi Dalam Drama 3 Tribes Sabtu Ini!

Bakat besar dari Korea Selatan, Misha Choi, dinobatkan sebagai pemenang utama DramaNovela Acting Challenge. Manakala Paul An yang kini dikenali dengan nama Melayunya, Putra pula dinobatkan sebagai tempat kedua.

Penyertaan finalis Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS) di dalam tugasan Acting Challenge kolaborasi bersama DramaNovela ini adalah salah cabaran mereka untuk merebut tempat di dalam pertandingan Supermodel antarabangsa yang bakal berlangsung di Bangkok kelak.

Finalis memperdengarkan bakat lakonan mereka menerusi aplikasi clubhouse DramaNovela selama dua minggu berturut-turut. Tugasan diberikan berpadu suara dengan pelakon tempatan berkonsepkan drama radio.

Misha sebagai juara akan memegang watak utama disamping Tony Eusoff dan pelakon-pelakon lain seperti Paul An, pemenang tempat kedua, Bella Lim, Eranee Rusli dan Izzamil. Mereka terpilih berlakon sebuah drama fiksyen “3 Tribes” pada Sabtu, 11 September 2021 jam 10 malam (MYT). 

Pada peringkat cabaran, peserta diadili oleh juri undangan DramaNovela seperti Tony Eusoff, Pelakon, Patricia Sargunan, Penerbit Eksekutif Knowmad Productions dan Adrian J Williams, Pengarah Filem/Animasi.

Berikut adalah komen juri untuk pemenang Misha:

Misha Choi.

“For me, Misha has a lot of potentials. During his performances, he managed to engage with his audience well. He is very hardworking and has a positive attitude which will take him far in the acting world.” – Patricia Sargunan, Penerbit.

“Misha is a future star with all the right qualities, he’s a natural-born performer, his performances were effortless, memorable and charismatic, he has the full package and he’s the real deal, with a lot of hard work perseverance and being multilingual, I wouldn’t be surprised if Misha one day emerges as an international star.” – Adrian J Williams, Pengarah.

“Semestinya Misha layak menang. Dia jauh lebih advance sebenarnya dan punya bakat keseluruhan.” – Tony Eusoff, Pelakon.

DramaNovela sememangnya ditubuhkan Pengasas Marini Mat Zain dan Pengasas Bersama Anne Delissa Ariff untuk menjadi destinasi Komuniti Penulis Novel/Skrip Malaysia berhimpun meluahkan kreativiti masing-masing setiap Jumaat dan Sabtu jam 10 malam (MYT). Selain itu terdapat juga komuniti pelakon, pengarah dan penerbit.

Buat masa ini DramaNovela bertapak di aplikasi Clubhouse dan Instagram menggunakan nama sama @DramaNovela dan anda dipelawa untuk menyertai kami. Sabtu, hari paling ditunggu kerana DramaNovela memulakan live dengan sebuah drama dan kemudian berlangsung diskusi tentang subjek untuk hari tersebut.

DramaNovela berkolaborasi bersama Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS) untuk melakukan tugasan Acting Challenge. Hyunmin-A, National Director Korea & Malaysia bagi Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS). Sebuah pertandingan mengangkat model terlatih di Asia ke peringkat global.

Kongsikan artikel ini