7 Lelaki Korea Berlakon Drama Melayu, Tony Eusoff Jadi Juri Bersama Produser Hebat!

DramaNovela berbesar hati mengumumkan kolaborasi bersama Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS) untuk melakukan tugasan Acting Challenge. Tujuh peserta akhir AWS terdiri daripada Kwon Hee, Misha, Paul An, Dean, Roger, Young Su dan Young Woo.

Finalis bakal memperdengarkan bakat lakonan mereka menerusi aplikasi clubhouse DramaNovela. Tugasan diberikan berpadu suara dengan pelakon tempatan mirip drama radio. Dua pemenang bakal dipilih untuk memegang watak utama dan watak kedua dalam sebuah drama di aplikasi sama bersama pelakon tempatan lain pada Sabtu, 4 September 2021 jam 10 malam (MYT).

Peserta bakal diadili oleh juri undangan DramaNovela seperti Tony Eusoff, Pelakon, Patricia Sargunan, Penerbit Eksekutif Knowmad Productions, Adrian J Williams, Pengarah Filem/Animasi dan Eka Sumadji, MQTV Media. Mereka akan mengadili peserta dari segi pemahaman watak, lontaran suara, kreativiti pelakon mengolah peranan, X-Factor dan sebagainya.

TONY EUSOFF

“Sememangnya mereka menyertai pertandingan supermodel lelaki tetapi seni lakonan penting bagi mereka untuk membina keyakinan diri masing-masing. Pemenang AWS bakal bertarung dengan peserta lain dari seluruh dunia, jadi penting bagi mereka belajar untuk berani berkomunikasi secara langsung,” ujar Marini Mat Zain selaku Pengasas DramaNovela.

DramaNovela sememangnya ditubuhkan untuk menjadi tempat penulis-penulis Malaysia berkumpul meluahkan kreativiti masing-masing setiap Jumaat dan Sabtu jam 10 malam (MYT). Buat masa ini DramaNovela bertapak di aplikasi Clubhouse dan Instagram menggunakan nama sama @DramaNovela dan anda dipelawa untuk menyertai kami.

Marini Mat Zain

Sabtu, hari paling ditunggu kerana DramaNovela memulakan live dengan sebuah drama dan kemudian berlangsung diskusi tentang subjek untuk hari tersebut.

Hyunmin-A, National Director Korea & Malaysia bagi Altitude World Supermodel Korea 2021 (AWS). AWS KOREA dianjurkan adalah sebagai tanggungjawab Hyunmin kepada Korea dan Malaysia. Dia perlu mencari individu yang kuat bukan saja dalam bidang peragaan tetapi dalam pelbagai cabang. Bukan mudah untuk mencari yang terbaik, namun dia percaya dikalangan yang baru atau sedia ada, masih ada yang perlukan ruang.

“Untuk pemenang, sudah tentu bukan saja untuk mewakili Korea ke peringkat dunia. Saya juga akan melatih mereka untuk menjadi  juara antara juara untuk bertanding dengan 32 negara yang lain nanti. Saya mulakan pencarian dengan Korea dan selepas ini Malaysia,” ujar Hyunmin.

Cabaran demi cabaran akan diberikan dan bagi saya, cabaran lakonan adalah cara terbaik untuk mereka perbaiki emosi dan menyampaikan mesej dalam bidang peragaan dan komersil. Mana tahu mereka bakal menjadi selebriti di Malaysia atau negara yang tertentu.

Kalau boleh, saya mahu cipta kejayaan seperti mana saya lakukan untuk beberapa bakat dari Korea terutama sekali Hanbyul,” ujarnya lagi.

Jadual Live di Clubhouse:

Sabtu, 21 Ogos – 10 malam (MYT)

Sabtu, 28 Ogos – 10 malam (MYT)

Event 21st Aug 2021

https://www.clubhouse.com/join/dramanovela/avCtDNJx/MK53ZvbP

Event 28th Aug 2021

https://www.clubhouse.com/join/dramanovela/IIUm7Z2f/PrW8Ql3O

* Finale 4th Sept 2021

https://www.clubhouse.com/join/dramanovela/a328kpHe/PA303NG8

Kongsikan artikel ini