TOP 11 MY AWSM, Mampukah Orang Asli Mewakili Malaysia Ke Peringkat Dunia?

Walaupun dicabar dengan cuaca hujan, sesi fotografi yang melibatkan TOP 11 Altitude World Supermodel Malaysia (MY AWSM) berjalan dengan jaya dengan menggunakan khidmat juru foto fesyen, Izzue Malique.

Bagaimanapun, sesi yang sepatutnya disertai oleh kesemua The Chosen MY AWSM tidak lengkap disertai kesemua peserta kerana empat diantara mereka iaitu Arif, Andy, Syaqer dan Yan tidak menghadirkan diri. Difahamkan, Arif dan Andy terlibat dengan sesi rakaman muzik video manakala Syaqer pula terlibat dengan penggambaran iklan TV. Peserta termuda iaitu Yan pula terlibat dengan perlawanan akhir futsal.

Jeeks (kiri)- Foto oleh Izzue Malique Photography


Pun begitu, fotografi yang bertemakan Show Your Self berjaya diharungi oleh 7 peserta iaitu Justin Ho, Joshua, Justin Choo, Kryz, Sheik, Jeeks dan Dave bermula dari 11 pagi hingga 6 petang bertempat di taman rekreasi Puchong, Selangor.

“Secara purata, kesemua peserta berjaya menjalankan tugasan dengan baik walaupun ada yang sangat fresh dalam dunia peragaan. Saya amat terkejut dengan beberapa peserta yang masih baru tetapi menonjol seperti sudah mempunyai pengalaman yang banyak,” ujar Izzue.

Peserta mendengar taklimat dari Izzue

Dalam pada itu, sesi pengenalan tersebut mengundang kejutan sesama peserta apabila ramai tidak menyangka, The Choosen 9 bernama Jeeks yang berasal dari Kelantan adalah orang asli. Lebih mengejutkan, Jeeks yang merupakan pelajar UPSI memberikan saingan hebat walaupun sangat baru dalam arena ini.

Undian bagi menentukan TOP 9 yang mara ke peringkat seterusnya masih diteruskan lagi sehingga 8 Disember ini. Bagi peserta yang tidak hadir, markah mereka tertakluk kepada 40% undian penonton saja. Bagaimanapun, tujuh jejaka yang hadir ke sesi ini bakal menerima 40% dari pihak juri dan 20% dari National Director.


Anda boleh menentukan siapa yang layak ke peringkat seterusnya dengan mengundi mereka di sini. Selamat mengundi, mungkinkah orang Asli bakal mencipta sejarah dengan mengharumkan nama Malaysia ke peringkat dunia?