Tahniah! Inilah 14 Wajah Bakal Mewakili Malaysia Ke Peringkat Dunia AWSM 2022

Selepas hampir setahun pencarian, akhirnya peserta Altitude World Supermodel Malaysia 2021/2022 (MY AWSM) telah pun ditemui. Namun, hanya 14 orang saja yang lulus peringkat pendaftaran dengan kriteria yang ditetapkan.

Walaupun pada asalnya pencarian ini hanya tertumpu kepada lelaki yang berketinggian 180 sm saja, namun dengan pendaftaran yang menyakinkan ada juga peserta kurang dari 180 sm turut tersenarai dalam TOP 14 MY AWSM. Dari jumlah tersebut rata-rata peserta kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Hanya tiga orang saja berada di luar Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu mewakili Sabah, Negeri Sembilan dan Kelantan. Lebih menarik, peserta dari Kelantan adalah bangsa orang Asli. Dari kesemua peserta ini, majoriti dari mereka berstatus pelajar.

Tambah istimewa dua dari TOP 14 berstatus artis dengan bergelar penyanyi dan pelakon. Kebanyakan daripada peserta ini masih lagi baru dalam dunia peragaan dan berani untuk menyahut cabaran yang bakal diberikan kepada mereka bermula Disember ini.

Penyertaan mereka dibuat secara atas talian dan dua daripada mereka berjaya dipilih dengan street casting yang dijalankan oleh dua juri iaitu Dato’ Sri Anas Abdullah dan Emel Ismail. Dari jumlah peserta ini, tidak semuanya akan mara ke peringkat seterusnya yang mana pihak penganjur hanya memerlukan TOP 11 saja.



Senarai 14 calon akan dipendekkan ke TOP 11 berdasarkan penilaian sesama juri profesional , penaja dan National Director. Konsep MY AWSM sedikit berbeza dengan AWSM Korea dengan penganjuran yang lebih mencabar peserta. Pengumuman TOP 11 akan diumumkan dalam waktu terdekat yang mana anda perlu mula mengundi TOP 11 untuk memilih TOP 9.


undian akan dilakukan selama seminggu yang mana TOP 9 yang layak akan mula mengharungi cabaran yang disediakan. Malah, TOP 9 akan dibimbing oleh Mentor yang terdiri daripada juri profesional. TOP 9 yang bertuah bakal dipilih untuk menerima kontrak bernilai RM200K sekaligus bergelar Face of Anas Abdullah Malaysia.

Selain merebut gelaran juara MY AWSM, TOP 9 juga layak untuk menerima kategori kecil yang sama dipertandingkan dalam AWSM Korea. Syabas dan sekalung tahniah. Semoga pemilihan ini dapat mengharumkan nama Malaysia di peringkat Global yang dijadualkan pada Mac 2022 di Bangkok Thailand.

Kongsikan artikel ini