Kenali 9 Jejaka Layak Berentap Untuk Wakil Malaysia Dalam AWSM 2022!

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas seminggu undian di jalankan, akhirnya netizen dan juri sebulat suara telah memiliki 9 jejaka kacak ini untuk berentap sekaligus merebut gelaran juara Altitude World Supermodel 2021/22 Malaysia (MY AWSM).

Dari senarai TOP 14 ke TOP 11, undian yang mencecah 10 ribu pengundi telah memihak kepada Justin, Justin Choo, Kryz, Dave, Jeeks, Joshua, Sheik, Andy dan Arif. Dua peserta iaitu Yan dan Syaqer terpaksa akur berada dua tangga terbawah dengan hanya masing-masing mendapat 5.04% dan 7.52% saja.

Keputusan yang diadili secara 40% undian netizen, 40% penilaian juri dan 20% penilaian dari National Director telah meletakan kembar nama Justin berada di kedudukan kedua tertinggi untuk keputusan undian dan secara keseluruhan.

Dari segi permarkahan yang diberikan oleh pihak juri, Dave unggul ditangga teratas diikuti oleh Kryz dan Justin Cho. Kesemua 9 jejaka terpilih yang kini bergelar Muse bakal mula mengharungi cabaran yang diberikan setiap minggu bermula pada 18 Disember ini.

Bagaimanapun, netizen bertanggungjawab untuk mengundi mereka sekali lagi bagi merebut gelaran juara dan satu anugerah iaitu Most Idolized Supermodel 2021 Malaysia. Selain kategori ini, ada 3 lagi gelaran yang bakal diberikan iaitu Face of Anas Abdullah, Superb Somatic Supermodel dan Most Rustic Supermodel. Ketiga-ketiga anugerah ini akan diadali secara professional dengan kesemua peserta perlu melakukan tugasan yang diberikan.

Undian bakal bermula pada 11 Disember dan berakhir pada 4 Januari 2022. Pastikan undian anda membantu untuk memilih calon terbaik untuk mewakili Malaysia di Bangkok Thailand pada Mac 2022.

Berikut adalah senarai penuh keputusan TOP 9 ALTITTUDE WORLD SUPERMODEL MALAYSIA:

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini