Tular Cikgu Bahasa Korea & Ratu Tik Tok, Suhyun Idam Boyfriend Melayu!

Perkongsian video gadis Melayu yang gila budaya Korea bersama gadis Korea cakap Melayu jadi tular dan perbualan netizen Malaysia terutama sekali jejaka Melayu. Dalam perkongsian itu, gadis Korea yang dikenali Soo Buny telah mengenalkan diri dalam Bahasa Melayu dan membuat pengakuan bahawa dia ingin mempunyai teman lelaki bangsa Melayu.


Teruja melihat Soo atau nama sebenarnya Kim Suhyun cakap Melayu, ramai tidak tahu yang sebenarnya Soo adalah cikgu Bahasa Korea. Malah, Soo juga antara gadis Korea yang mempunyai ramai pengikut di aplikasi tiktok.

Soo yang petah pelbagai Bahasa juga turut membuka kelas Bahasa Korea secara percuma di youtube. Lebih menarik lagi, buku panduan Bahasa Korea yang ditulis oleh Soo laris di pasaran antarabangsa.

Juga bergelar model.



Kepastian sama ada Soo benar-benar suka jejaka Melayu diragui kerana menerusi video tular itu, ramai tahu dan merasakan ia hanya sekadar skrip yang ditulis gadis melayu itu.

Namun, jika benar Soo suka lelaki Melayu, agak-agaknya lelaki Melayu yang bagaimana menjadi pilihan hatinya? Seandainya anda mahu mencuba nasib menjadi teman lelaki Soo, anda bolehlah hubungi Soo di laman Instagramnya.


Kongsikan artikel ini