Ubat Gigi Perisa Kari Tersedap Dilancarkan, Bila Lapar Berus Gigi Saja!

Di Korea, kari segera yang dikeluarkan oleh syarikat makanan terkemuka Ottogi sering menjadi pilihan masyarakat Korea. Terbaru, dengan kerjasama dengan Aekyung, kolaborasi ini telah melancarkan produk baru yang mengejutkan ramai terutama sekali penggemar kari Ottogi. Produk berkenaan ialah Ubat Gigi Perisa Kari Ottogi.

Perkara ini telah diumumkan di laman instagram pada 17 Jun dengan tajuk tertulis 3 minit kari x 2080 fresh meeting.

Gambar Hiasan XFrame


Ia adalah ubat gigi berperisa kari. Ottogi mengatakan pertemuan ini sangat benar. Setiap kali anda lapar, masa berus gigi dengan kari.


Pelbagai komen diberikan netizen termasuklah “Saya rasa seperti gigi saya akan bertukar kuning,” “Comel,” dan “Saya akan menyukai bau orang yang suka kari.”


Jika anda pernah makan kari dari Ottogi, anda akan rasa seperti makan kari itu sewaktu berus gigi menggunakan ubat gigi ottogi ini. Anda berani mencuba?

Kongsikan artikel ini