Vest Kalimah Syahadah Luhan Undang Kontroversi! Bekas ahli EXO Dituntut Maaf

Bekas ahli kumpulan EXO, Luhan yang kini bintang popular di China dituntut peminat untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka. Tuntutan ini dipinta kerana penularan gambar Luhan yang memakai Vest tertera kalimah Syahadah.

Peminat Kpop Islam dan bukan Islam meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan Luhan yang tidak sensitif dengan isu ini. Malah, pakaian tersebut dilihat mencemar imej Islam. Untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa, peminat telah menggunakan laman twitter untuk menzahirkannya dengan harapan artis tersebut mengetahui kesilapannya.

Sebab utama peminat kecewa kerana baju yang dipakai itu tertulis kalimah Syahadah (Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah) yang diguna sebagai aksesori fesyen. Peminat tidak kisah kalau tulisan Arab digunakan tetapi bukannya kalimah Syahadah.

Malah, peminat juga ingin tahu, pakaian tersebut dipilih Luhan atau pun stylist figura ini. Mereka juga mahu Luhan sedar kesilapan tersebut dan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Protes ini bukannya untuk membenci Luhan. Sebaliknya mereka mahu Luhan, pereka fesyen dan penata rias lebih menghormati dan tahu batasan.

Peminat juga mahu Luhan buat permohonan maaf kerana orang Islam sendiri tidak menggunakan Kalimah tersebut dipakai dalam bentuk pakaian kerana ia disanjung tinggi dan dihormati. Lebih merisaukan, Luhan memakai baju tersebut di China yang mana banyak kekejaman berlaku tentang umat Islam di negara tersebut. Malah, Luhan juga bukan lagi artis Korea sebaliknya artis China. Ia ibarat Luhan menunjukan sokongan tersebut isu Islam di negara tersebut.

Selain membuat isu ini tular di laman twitter, peminat juga telah menghantar pesanan mesej dan emel kepada bekas ahli EXO supaya cepat mengambil tindakan dan menjelaskan keadaan sebelum terlambat. Setakat ini, pihak Luhan masih belum mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap isu ini.

Kongsikan artikel ini