Video Cium Fattah-Janna Untuk My Coffee Prince Buat Fans Naik Hantu!

Pada awal pengumuman tentang pembikinan remake drama Coffee Prince, peminat tegar Korea amat tidak bersetuju dengan pemilihan pelakon Fattah Amin membawakan watak utama drama berkenaan.

 

Babak dalam My Coffee Prince yang sudah 50% siap penggambaran.

 

Bagaimanapun, rezeki memihak kepada figura kacak ini dengan mendapat sokongan penuh dari peminatnya serta beberapa peminat yang ingin melihat sentuhan Malaysia untuk drama Korea Coffee Prince yang sememangnya diminati di seluruh Asia.

 

 

Menerima hakikat keputusan pemilihan itu, peminat tegar Korea kembali naik hantu dan amat tidak berpuas hati apabila video belakang tabir Fattah Amin dan Janna Nick bercumbu tersebar. Malah, perasaan tidak puas hati bukan saja timbul dari peminat tegar Korea sebaliknya peminat tegar drama-drama tempatan. Pokoknya, peminat Korea dan peminat drama Melayu amat tidak bersetuju dengan babak berkenaan. Peminat tegar Fattah Amin macam mana pula?

 

Antara komen dari netizen.

 

Sungguhpun pengarah drama My Coffee Prince, Michael Ang mengatakan tiada babak cium dibuat untuk remake tersebut, tetapi video yang difahamkan diambil suka-suka oleh pelakon drama berkenaan telah mengundang kemarahan netizen.

 

 

Babak cium yang tular dan bikin panas netizen.

 

Jika benar tiada babak cium seperti drama asal, apakah motif video dan babak tersebut dibuat? Adakah ianya sekadar strategi untuk membuatkan peminat teruja untuk menantikan kemunculan drama ini pada November nanti? Secara logiknya, babak video berkenaan yang melibatkan Fattah, Janna dan Emma Maembong sememangnya wujud dalam versi Korea seperti dalam gambar yang dilampirkan.

 

Babak asal dari drama Coffee Prince.

 

 

Apa sekalipun, awal-awal lagi sebilangan peminat sudah merasakan perkara sebegini bakal terjadi apabila nama Fattah Amin menjadi pilihan produksi. Ianya bukan atas dasar rasa benci terhadap penyanyi ini sebaliknya kontroversi yang amat sinonim dengan figura ini.

 

 

Mungkinkah kontroversi bakal terus berlaku untuk My Coffee Prince? Apapun, ramai juga pelakon popular terlibat dalam remake Coffee Prince. seperti Fahrin Ahmad, Emma Maembong dan Marsha Milan.