Tipah Tertipu Bang! Wajah Sebenar Pemenang Mr Korea Lebih Hodoh Dari Foto Yang Disiarkan!

Sebaik saja nama pemenang pertandingan Mister International Korea 2021 diumumkan, ramai teruja kerana wajah dan badannya yang kacak dan seksi. Sehingga pemenang tersebut digelar lelaki paling kacak di Korea.

Namun, selepas foto majlis penyampaian hadiah disiarkan dan tular, ramai rasa tertipu. Hampir kesemua pemenang ternyata tidak sama seperti gambar yang digunakan pihak penganjur untuk kempen pertandingan berkenaan.

Majoriti mengatakan wajah sebenar semua pemenang terlalu berbeza. Isu ini juga menjadi panas apabila ada netizen membuat aduan bahawa foto tersebut terlalu disunting. Sehingga mereka semua mempunyai wajah yang mirip seperti adik beradik kembar.

Hakikatnya, sekarang ini netizen sedang membandingkan. Ramai menyatakan kekecewaan. Namun, ada pula mengatakan, inilah realiti yang perlu dihadapi apabila digital menguasai dunia dan ramai lelaki sudah pandai berdandan.



Kongsikan artikel ini