Lelaki yang diheret ke mahkamah atas tuduhan meraba wanita di tandas sebuah restoran telah didapati tidak bersalah pada perbicaraan yang pertama.
Berdasarkan keputusan perundangan yang dikeluarkan pada 8 Jun 2021, lelaki usia 20 tahun itu sebenarnya memapah wanita itu yang kelihatan tidak bermaya dan tidak sihat. Wanita tersebut kelihatan menunggu di hadapan luar tandas pada malam sejuk di restoran yang terletak di Daejeon.
Wanita tersebut dilihat muntah-muntah dialam tandas tanpa menutup pintu. Selepas dia keluar dari tandas tersebut, wanita itu jatuh pengsan dan lelaki berkenaan menolongnya dan mengangkat wanita tersebut.
Dalam pada itu, wanita tersebut telah melakukan laporan polis dengan mendakwa lelaki tersebut telah meraba beberapa bahagian depan badannya. Walau bagaimanapun, lelaki tertuduh itu memberitahu oleh kerana wanita tersebut telah jatuh, tanpa berfikir Panjang dia telah mengangkat wanita berkenaan.
Sementara itu, Senior pendakwa raya telah mempersoalkan tuduhan wanita tersebut berdasarkan bukti yang diperoleh dari CCTV. Tuduhan yang dibuat oleh wanita ini tidak logik agak sukar melihat lelaki itu meraba bahagian depan anggotanya dari dalam video yang dilihat.
Oleh itu, pihak perundangan mendapati lelaki tersebut memang menyentuh badan wanita tersebut tetapi dalam proses menolong wanita berkenaan. Namun, wanita tersebut tidak berpuas hati dan merasakan pihak mahkamah melakukan kesilapan dan masih menganggap lelaki tersebut merabanya secara sengaja.