Lelaki lingkungan 20 tahun telah ditahan kerana melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita bangsa asing yang tinggal di sebelah bilik goshiwon selepas memaksa wanita untuk follow laman instagramnya.
Menurut siasatan, lelaki berkenaan telah menyelinap masuk ke bilik perempuan tersebut yang tinggal di Goshiwon yang terletak di Seodaemun-Gu, Seoul pada April. Difahamkan, ketika itu, wanita bangsa itu mabuk dan tidur di biliknya.
Difahamkan, sewaktu kejadian pintu bilik wanita itu tertutup tetapi tidak di kunci. Lelaki tersebut telah merogol wanita berkenaan yang dalam keadaan mabuk dan tidak bermaya untuk melawan. Selepas melakukan seks dengan wanita itu, dia cuba mengajak pula wanita tersebut pergi ke hotel dan memaksanya untuk follow laman instagramnya.
Polis mendapati lelaki tersebut merogol wanita itu berdasarkan bukti CCTV dan kenyataan wanita berkenaan. Dalam waktu yang sama, tiada bukti yang menunjukkan mereka saling berhubung mengesahkan lagi kes rogol berkenaan.
Setakat ini, wanita tersebut telah mendapat bantuan dari pihak berwajib selepas berpindah keluar dari bilik tersebut. Pihak mahkamah akan mengenal pasti sama ada lelaki ini perlu disiasat lebih lanjut atau pun tidak. Jika dia dapati bersalah, dia akan dipenjarakan sekurang-kurangnya tiga tahun.