Ini Bukan Drama, Wanita 20-an Dirogol Sewaktu Menginap Di Motel

Menurut laporan MBC News pada 23 April 2021, seorang wanita yang menjadi pelanggan sebuah motel di wilayah Gyeonggi Suwon telah diserang secara seksual. Insiden ini telah berlaku malam 19 April 2021.  

Difahamkan, wanita itu dalam keadaan mabuk dan tinggal bersendirian di motel berkenaan. Sungguhpun dia tidur dalam keadaan pincu dikunci, wanita tersebut mendakwa bahawa ada orang ramai dalam bilik tersebut sekitar jam 3.30 am.

Menurut kenalan mangsa, wanita itu berkata, “Saya bangun dan mendapati ada seorang lelaki yang tidak dikenali. Waktu itu, bilik berkenaan gelap, jadi saya tidak dapat cam mukanya.”

Lelaki tersebut telah merogol wanita itu dan melarikan diri. Selepas menerima laporan, pihak Polis telah bergegas ke tempat kejadian. Selepas diperiksa, mereka dapati sesuatu yang mencurigakan.


Sewaktu kejadian berlaku, semua kamera CCTV telah dipadamkan. Lebih mengejutkan lagi, CCTV hanya beroperasi secara normal di dalam dan di luar penginapan saja. Hanya bukti masa jenayah telah hilang.

Menurut Polis, perogol tersebut telah melakukan jenayah di dalam berkenaan saja dan telah memadamkan segala bukti. Oleh itu, polis mensyaki pekerja kaunter berusia 30 sebagai pesalah.



Lelaki berkenaan bernama Lee telah menafikannya dan tidak mengaku salah. Bagaimanapun, menurut siasatan Perkhidmatan Forensik Kebangsaan, DNA Lee sepadan  dengan cecair yang diambil di tempat kejadian.

Akhirnya, Lee ditahan pada 21 April dan diserahkan kepada pihak pendakwaan pada pagi ke-23 April 2021. Setakat ini, pesalah masih menafikan jenayah berkenaan.

Kongsikan artikel ini