Oppa Jambang, Misai + Janggut Pengotor & Pemalas? Wanita Korea Punca Lelaki Korea Berwajah Jambu

Melihat struktur wajah lelaki di Korea, majoriti dari mereka tidak mempunyai misai, kumis dan jambang. Malah, hampir keseluruhan lelaki Korea di bawah kategori wajah jambu lebih-lebih lagi kini trend membuktikan lelaki Korea bergelar Oppa sudah gemar mengenakan solekan.

Meneliti lebih terperinci mengenai isu ini, kajian telah membuktikan punca kebanyakan lelaki Korea mempunyai wajah bersih dan jambu datang dari kaum wanita sendiri.

Berdasarkan kajian dan temu ramah yang dijalankan sebelum ini terhadap wanita di Korea, hampir 80% daripada mereka memilih lelaki wajah bersih berbanding lelaki yang mempunyai kumis, jambang, janggut atau pun misai.

Malah, bagi lelaki yang mempunyai bulu di wajah dikategorikan sebagai lelaki yang selekeh, pengotor dan pemalas. Lebih mengejutkan lagi, ada juga wanita Korea merasakan lelaki Korea langsung tidak sesuai berjambang melainkan mereka benar-benar dalam kategori kacak.

Oleh itu, wanita Korea sekerasnya menolak lelaki berjambang dan merasakan identiti lelaki Korea patut terus kekal sebagai lelaki berwajah bersih dan jambu.

Namun begitu, hanya 10 % wanita Korea boleh menerima lelaki Korea berjambang , bermisai dan berjanggut. Pun begitu, penerimaan tersebut mestilah bersyarat.

apa yang pasti, syarat tersebut mestilah janggut dan misai serta jambang tersebut dicukur rapi seperti rambut.

Oleh itu, ia jelas membuktikan lelaki Korea bukanlah berwajah jambu kerana pilihan mereka semata tetapi atas kehendak kaum wanita di Korea jua.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu ini, anda bolehlah menyaksikan video kajian yang telah dimuat naik pada awal Januari 2019.

Kongsikan artikel ini