Tengking & Tolak Wanita Mengandung, Lelaki 50 Tahun Berjaya Diberkas Polis Selepas 4 Bulan Menjejakinya!

Seorang lelaki 50-an telah ditahan Polis di Jongno-gu Seoul, Korea. Lelaki berkenaan didapati telah menolak seorang wanita mengandung dan menengking wanita tersebut di stesen subway. Dia juga telah dihantar ke pusat pendakwaan selama empat bulan.

Pada 17 Jun 2021, Pihak Balai Polis Gwanjin di Seoul menerusi Ketua Penguat Kuasa Park Hyun Soo, lelaki tersebut melakukan perbuatan tersebut di Stesen Universiti Konkuk pada 18 Februari 2021.

Foto hiasan XFrame


Menurut siatan polis, lelaki tua berkenaan memberitahu wanita tersebut asyik memandangnya dan telah meminta wanita tersebut supaya menghentikan pandangan tersebut. Malah, dia mengatakan tiada sebarang serangan dilakukan terhadap wanita berkenaan.

Sebaik saja pihak polis menerima laporan polis dari wanita tersebut, lelaki tersebut sudah lagi tiada di tempat kejadian. Polis berjaya menahan lelaki tersebut di sebuah bilik yang terletak di Jongno selepas empat bulan menjejak lelaki itu dengan bantuan pasukan yang cekap.


Kongsikan artikel ini