Wanita 52 Tahun Ugut RM3.7 Juta Selepas Rakam Hubungan Seks Kenalan Lelaki Yang Terkantoi Tanpa Sengaja!

Hakim Nam Seung-min dari Mahkamah Daerah Incheon berkata pada 23hb bahawa dia menjatuhkan hukuman itu keatas wanita 52 tahun itu atas dakwaan cubaan memeras ugut dengan dijatuhi hukuman  10 bulan penjara dan dua tahun percubaan.

Wanita berkenaan telah ugut meminta RM3.7 Juta pada 9 Julai 2020 selepas merakam dengan telefonnya bunyi hubungan seks yang didengari dari kenalan lelakinya.

Pada masa itu, lelaki tersebut secara tidak sengaja menekan butang nombor yang salah iaitu nombor wanita berkenaan semasa melakukan hubungan seks dengan seorang wanita.

Wanita tersebut didapati telah menerima panggilan telefon dari lelaki itu dan merakamkannya setelah dia mendengar bunyi hubungan seks lelaki berkenaan dengan seorang wanita.

Foto hiasan X Frame

Wanita 52 tahun itu berkenalan dengan lelaki berkenaan pada pertengahan Ogos tahun lalu di sebuah kedai kopi terletak di Yeonsu-gu, Incheon. Selepas sebulan berkenalan, wanita itu ugut minta wang RM3.7 Juta dalam tempoh tujuh hari. Jika tidak wanita itu akan memberikan rakaman suara seks itu kepada keluarga lelaki berkenaan.

Selepas 10 hari, lelaki itu bertemu wanita tersebut dengan memberikan sampul surat berisi wang yang di minta serta mahu wanita tersebut memadam rakaman tersebut. Bagaimanapun, wanita tersebut menolak permintaan lelaki itu dan meminta lagi wang tambahan dengan nilai yang sama.

Kali ini, dia berikan lelaki tersebut 1 minggu saja untuk berikannya wang tersebut. Bagaimanapun, pada 3 September 2020, wanita itu meminta lelaki tersebut memberikannya wang 100 juta won pada 10 September dan dia akan memberikan rakaman tersebut.

Menurut mahkamah, wanita tersebut telah ugut lelaki tersebut yang sebenarnya tiada wang. Bagaimanapun, wanita itu mengakui melakukan jenayah tersebut.

Kongsikan artikel ini