“Saya Bunuh Suami Saya” Wanita Warga Emas Pukul Suami Mabuk Sampai Mati!

Menurut laporan media News1 yang disiarkan pada 16 Mei 2021, Balai Polis Gyeonggi Pyeongtaek telah mengeluarkan waran tangkap terhadap warga emas wanita usia anggaran 60-an atas tuduhan memukul suami dengan senjata ketika pasangan ini bertengkar.

Wanita tersebut didapati telah memukul suaminya yang juga warga emas berulang kali dengan senjata di rumahnya yang terletak di Wolgok-dong, Pyeongtaek sekitar jam 1.14pm.Pembunuh difahamkan sangat marah sewaktu pertengkaran tersebut kerana suaminya itu mabuk.

Foto hiasan X-Frame


Selepas kejadian berlaku, isterinya itu terus menghubungi pihak polis dengan mengatakan saya bunuh suami saya. Tiga hari sebelum pembunuhan iaitu pada 12 Mei 2021, wanita ini juga didapati telah melukai suaminya itu dengan senjata di bahagian kepala sewaktu lelaki ini cuba bercakap dengan wanita tersebut di dapur.

Pihak polis yang pergi menyiasat di rumah pembunuh pada waktu itu dapati wanita ini perlu menjalani siasatan istimewa berdasarkan keterangan yang diberikan. Keputusan siasatan akan diumumkan sebelum menahan pembunuh ini akan diadakan di cawangan Pyeongtaek, Mahkamah Daerah Suwon pada rabu ini.

Kongsikan artikel ini