Kakitangan Kedutaan Pakistan Di Korea Ditangkap Mencuri Barang Di Kedai Itaewon

Mengikut laporan polis pada 24 April 2021, Balai Polis Yongsan di Seoul Korea menerima laporan bahawa seorang warga asing melarikan diri dengan membawa barang bernilai lebih kurang KRW11,000 won di poketnya. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai yang terletak di Itaewon, Yongsan kira-kira jam 6 petang pada 23 Februari 2021.

Berdasarkan analisa CCTV dari pihak polis, lelaki tersebut dipercayai kakitangan kedutaan Pakistan di Korea Selatan dan berusia 35 tahun. Bagaimanapun, kes tersebut ditutup kerana kawan pencuri tersebut telah membayar jumlah barang yang dicuri tersebut.

Dalam pada itu, pada 20 Januari 2021, video CCTV telah menunjukkan seorang lagi kakitangan Pakistan telah secara sembunyi mengambil coklat berharga KR1,900 won di kedai yang sama. Untuk kes ini, polis masih lagi menyiasat disebalik kejadian berkenaan.


Kongsikan artikel ini