Pendatang Haram Dari Thailand Memandu Tanpa Lesen Dengan Membawa 1 Gram Dadah!

Menurut Agensi Polis Wilayah Jeollabuk-do pada 5 Julai 2021, seorang warganegara Thailand telah ditangkap atas tuduhan melanggar Akta Kawalan Narkotik dan Akta Kawalan Imigresen.

Lelaki  berkenaan disyaki memiliki dadah dalam sebuah kereta yang diletakkan di kawasan rehat Gunsan di Jeonbuk di Lebuhraya Pantai Barat pada awal pagi 2 Julai 2021. Tertuduh juga disyaki tinggal secara haram di Korea kerana tempoh penginapannya telah tamat.


Pada masa itu, lelaki tersebut dilaporkan meminta bantuan daripada orang di sekelilingnya dengan berkata, “Pintu kereta telah dikunci, tetapi saya kehilangan kunci kereta saya.”

Seorang warganegara Korea yang melihat ini curiga dengan tingkah laku lelaki tersebut dan melaporkannya kepada 112 dengan mengatakan nampak seorang warga asing mencuri kenderaan.

FOTO HIASAN PEXELS


Selepas menerima laporan tersebut, Polis bergegas ke tempat kejadian. Namun, lelaki dari Thai itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dengan segera.

Menurut siasatan, terdapat kira-kira 1g dadah dipercayai methamphetamine di dalam kenderaan itu. Pihak polis menjelaskan, “Satu gram sudah cukup untuk seorang mengambil 20 hingga 25 dos.”

Lelaki tidak berlesen itu didapati telah pergi ke kawasan rehat dengan menggunakan sebuah lori.

Seorang pegawai polis berkata, “Memandangkan dia adalah penduduk haram, kami menyerahkannya kepada pejabat imigresen. Kami telah meminta Perkhidmatan Forensik Kebangsaan untuk menganalisis bahan-bahan dadah.”


Kongsikan artikel ini