X-FILES: Gagal Temuduga Selepas Lucut Seluar & Alat Sulit Mencurigakan Boss

Sudah lama aku simpan rahsia ini. Namun, aku rasa sudah masanya aku memberitahu semua orang kisah silamku ini. Walaupun orang akan berkata ia perkara biasa, namun aku rasa ia satu pengalaman ngeri dan masih terbayang di fikiran aku. Bahkan, aku jadi fobia bila perlu bertemu orang apatah lagi menghadiri sesi temuduga.

Perkara ini berlaku 10 tahun yang lalu, dan sekarang ini aku sudah pun mempunyai kerjaya sendiri. Menyingkap kisah tersebut, ia berlaku apabila aku betul-betul dalam kesusahan. Ramai orang kata, aku mempunyai pakej yang lengkap untuk menjadi seorang K-POP Idol atau pun pelakon di Korea. Namun, aku belum peroleh sebarang keputusan baik waktu itu.

Atas nasihat seseorang yang baru aku kenali, dia mengatakan aku sepatutnya mencari kerja yang sesuai dengan wajah aku yang tampan dan tubuh badan aku yang seksi. Aku bukan mahu riak, aku boleh dikategorikan lelaki kacak di Korea. Potongan badan aku pula, berotot dan ada six pack. Semuanya hasil hobi aku menghabiskan masa di gimnasium.

Gambaran wajah dan susuk tubuh mangsa.

Memikirkan semula apa yang dikatakan kenalan baru itu, aku pun cari di internet kerja yang dimaksudkan. Selepas meneliti, aku terbaca satu iklan yang syarat kelayakannya sama seperti apa yang dikatakan kenalan tersebut. Malah, ada syarat tambahan iaitu perlu tahu ilmu kesihatan jaga badan. Kebetulan pula, aku memang tahu macam mana nak jaga badan hasil berkawan dengan ramai personal trainer. Memandangkan aku sangat memerlukan pekerjaan itu, aku pun bertanya dan memohon pekerjaan tersebut tanpa rasa sangsi. Salah satu sebab aku berminat dengan kerja ini kerana ia melibatkan orang bukan Korea. Maksudnya perniagaan antarabangsa. Ada Standard katanya….

Mangsa seorang yang bijak dan fasih berkomunikasi dalam bahasa English.

Syarat paling cukup adalah aku fasih berbahasa Inggeris dan Korea. Ketika menghubungi pihak tersebut, dia hanya meminta aku menghantar gambar dan sedikit informasi seperti nama, ketinggian, berat badan dan bahasa. Selepas 10 min menghantar permohonan tersebut, aku menerima panggilan dan dipanggil ke sesi temuduga di pejabat tersebut. Aku teruja dan tidak sangka, selama ini aku cuba pelbagai cara untuk hadir temuduga, tapi sangat payah dan mengambil masa yang lama.

Dengan rasa teruja, aku pun bersetuju menghadiri temuduga tersebut pada keesokan harinya. Hati aku mula sangsi, kerana cara untuk ke pejabat tersebut seperti mahu ke tempat persembunyian. Namun, aku fikir positif saja. Salah seorang pekerja di situ telah menjemput aku di tempat yang dijanjikan. Aku terkejut melihat pekerja tersebut. Wajahnya sangat tampan dan potongan badannya sangat seksi. Sekali pandang aku ingatkan pelakon Korea.

Sesi temuduga yang suasananya amat berbeza.

Setibanya di pejabat tersebut, aku diminta menunggu. Pejabat tersebut sunyi dan suasananya sangat wangi seperti hotel mewah. Aku difahamkan, mereka bekerja di bilik-bilik yang ditetapkan. Selepas menunggu lebih kurang 15 minit, aku dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga. Dalam bilik itu, Big Boss telah menunggu aku. Sampai saja di sana, aku diminta kenalkan diri aku dan cerita serba sedikit tentang diriku. Aku ditanya pelbagai soalan termasuklah kecenderungan seks aku. Malah aku juga ditanya apakah saiz alat sulit aku. Kedengaran pelik tapi aku layankan saja.

Gambaran suasana pejabat tersebut.

Sepanjang perbualan, aku tertarik apabila diberitahu semua pelanggan aku nanti adalah orang luar. Ia disebabkan aku pandai berbahasa Inggeris. Pun begitu, aku berfikir dan bertanya lagi, adakah kerja aku ini sebagai seorang pelayan? Big Boss menjelaskan sebenarnya pekerjaan tersebut adalah seorang tukang urut VIP. Aku terkejut dan terus beritahu bahawa aku tidak pandai mengurut dan hanya tahu tentang kesihatan badan saja serta melatih orang untuk dapatkan potongan badan seksi.

Pekerjaan yang dimaksudkan adalah tukang urut VIP.


Big Boss memberitahu, kekurangan itu boleh dilatih oleh pihak mereka. Ini kerana, ada juga pekerja mereka langsung tidak tahu apa-apa pada mulanya tetapi kini menjadi pekerja paling digemari ramai. Mendengar penjelasan tersebut, aku lega dan teruskan saja sesi temuduga itu. Sampai ke peringkat terakhir temuduga, Big Boss meminta aku membuka baju kerana dia mahu pastikan badan aku sama seperti dalam gambar. Aku pun buka baju. Dia pun menyentuh tubuhku dan memujinya. Kemudian dia minta aku melucutkan seluar dan tunjuk alat sulitku.

Mulanya aku malu tapi memikirkan ia syarat dan kebetulan aku tidak tahu apa-apa, aku pun melucutkan seluarku. Selepas melihat dari jauh, big bos itu memegang alat sulitku dan meramasnya. Aku tepis dan Big Boss tegas mengatakan ini adalah salah satu ujian. Aku tidak boleh buat apa-apa. Hanya diam saja.  Dia turut melakukan perkara menjijikkan sehingga alat sulitku terangsang. Tidak, kesucianku telah diambil tanpa izin!

Takut tapi mangsa tiada pilihan.


Selepas lima 5 minit, dia berhenti dan menjelaskan keadaanku. Menurut Big Boss, dari segi yang lain aku cukup syarat namun dari segi alat sulit, mungkin aku tidak cukup syarat. Apatah lagi, aku dikatakan perlu masa yang lama untuk dilatih. Namun, dia akan pertimbangkan aku untuk bekerja dengan dia. Sebelum tamat, aku diberikan masa untuk bertanya.

Namun, aku seperti kaku dan sudah malu serta tidak tahu mahu berikan reaksi apa. Ia pertama kali dalam hidupku. Aku rasa seperti telah dinoda dan dirogol. Selepas tamat temuduga, aku terus pulang ke rumah. Aku tidak tahu sama ada aku mahu bekerja di situ atau tidak. Memikirkan soal gaji yang ditawarkan, dalam sebulan aku boleh terima USD3,000. Ia lebih tinggi kalau aku dapat komisen dari pelanggan. Memang lumayan.

Lebih seleasa bekerja di gim berbanding dengan tawaran lumayan itu.

Selepas sebulan menunggu. Pihak tersebut tidak kemaskini status permohonan dan temuduga tersebut sama ada aku gagal atau lulus. Namun, dalam tempoh menunggu itu, aku dapat tahu, setiap pekerja di situ perlu melakukan seks dengan pelanggan yang mana seks itu dikategorikan beberapa peringkat. Aku sangat terkejut. Mujurlah aku tidak terima dan dapat pekerjaan itu. Namun, aku masih fobia tetapi ia pengajaran buat diriku. Selepas dari insiden itu, aku lebih berhati-hati dengan tawaran yang aku terima. Malah tidak mudah terpengaruh dengan kata orang lain. Kini, aku sudah selesa dengan kerja aku. Aku harap, kepada sesiapa saja yang mempunyai wajah tampan dan tubuh seksi, janganlah sesekali terlalu bangga kerana ia boleh mendorong anda lalai dan terjerumus dalam kegagalan. Gunakanlah sebaiknya.

Hanya menunggu tanpa berita.

Kongsikan artikel ini