X-Files K: Ceritera Cintaku Bersama Aktor Itu Sekadar Setia Di Penghujung Katil

Nama aku Zara. Aku adalah seorang peminat tegar drama Korea. Namun, minat aku terhadap drama Korea tidaklah sampai ke tahap obses dan meroyan tidak tentu pasal berkaitan drama. Kerana minat, aku bekerja dalam sektor hiburan Korea sebagai salah seorang pekerja di syarikat pengurusan event.

 

Gambar Hiasan Zara dari seorang peminat kepada kekasih.

 

Minat aku terhadap drama Korea semakin membuak apabila pertama kali menonton drama lakonan aktor baru bernama Choo. Acapkali melihat lakonannya, jantungku berdetup laju. Aku tidak tahu mengapa tetapi bakat Choo agak luar biasa bagiku dan setiap lakonannya begitu menjadi walaupun dia masih baru.

 

 

Jika menyentuh mengenai fizikalnya, Choo tidaklah sekacak pelakon seperti Hyun Bin, Lee Dong Wook, So Ji Sub dan Gong Yoo. Namun, aku suka melihat wajahnya yang sejuk mata memandang. Tubuhnya yang tinggi lampai melengkapkan lagi kriteria lelaki idamanku.

 

 

Satu hari, syarikat pengurusan aku mengumumkan bakal membawa Choo untuk sebuah program bertemu peminat di luar negara. Untuk projek berkenaan, aku telah ditugaskan untuk menjaga Choo. Aku gembira dan sangat teruja, tanpa di rancang aku bakal bersemuka dengan Choo.

 

 

 

Namun aku masih lagi takut kerana tugas aku amat berat sekali. Tidak seperti tugas sebelum ini. Aku diamanahkan untuk 24 jam bersama Choo. Oleh itu, beberapa bulan sebelum program tersebut, aku telah mula hubungi Choo dan kami berbincang mengenai projek itu.

 

 

 

Apabila tiba hari berkenaan, akhirnya aku bertemu dengan Choo. Jatungku terus kencang dan aku hampir pengsan. Namun, memikirkan soal kerja, aku sangat profesional. Program tersebut memaksa kami untuk menginap di sebuah rumah mewah. Kami tinggal dirumah itu selama seminggu memandangkan program tersebut adalah 3 program yang berbeza.

 

 

Selepas program pertama selesai, Choo yang sangat ramah dan lucu orangnya duduk santai dan berborak santai bersamaku dalam rumah tersebut. Kami berborak sehingga kami terlelap di ruang tamu. Dalam lebih kurang 2 jam terlelap, secara tiba-tiba Choo menghampiriku dan memelukku dengan erat. Aku tersedar dan biarkan saja. Namun, secara tiba-tiba Choo bersuara…

 

 

 

 

Gambar Hiasan: Tiada sesiapa tahu hubungan Zara dan Choo sehinggalah Zara berani buat pengakuan.

 

“Terima kasih Zara kerana menjagaku dengan baik. Awak begitu ambil berat tentang saya dan menjaga saya lebih dari seorang pelakon. Saya terharu dan begitu hargainya. Saya begitu selesa apabila awak disamping saya. Pertama kali berbicara dengan awak saya sudah merasainya.

 

“Terus terang saya rasa saya sudah mula suka awak. Bolehkah saya memeluk dan mencium awak,” luahan Choo kepada Zara.

 

 

Tanpa sempat menjawab, Choo membuat apa yang dikatakannya. Aku pula yang sudah lama pendam rasa dengan Choo tidak boleh menolak. Malam itu jugalah kami mula bersama dan berasmara. Walaupun hubungan kami sudah berubah seperti pasangan kekasih, kerja kami tetap jalankan dengan baik. Namun, Choo begitu berubah menjadi lebih selesa. Malah, setiap kali kami berdua, Choo pasti begitu mesra dan manja. Mengalahkan pasangan suami isteri.

 

 

Hubungan kami diteruskan lagi dan kami sering bersama apabila ada program di luar negara. Cintaku terhadap dirinya semakin mendalam. Oleh itu, aku bertanya kepada Choo apakah status hubunganku? Adakah dia mencintai aku atau kami ini sekadar pasangan seks saja. Pada mulanya Choo enggan menjawabnya dan aku terus menganggap kami adalah pasangan seks saja. Dalam hampir kecewa, Choo mengatakan dia sebenar menyintaiku. Aku gembira dan secara sah kami adalah couple.

 

 

Gambar hiasan kearaban hubungan mereka.

 

 

Selama setahun bersama, hubungan kami semakin renggang kerana jadual kerja kami. Kebetulan pula syarikat saya tidak ada projek dengan Choo. Yelah, Choo pun sudah makin banyak tawaran berlakon.  Dulu dia cepat saja menjawab mesej atau panggilan telefon. Tetapi kini tidak lagi. Alasan kerana terlalu sibuk. Memandangkan hubungan kami sudah seperti ini, saya hanya mampu berserah. Namun, pada suatu hari aku mendapat tahu bahawa Choo memang benar cintakan aku. Namun, dia lebih selesa menganggap hubungan cinta kami sebagai pasangan cinta seks diranjang saja.

 

 

Sejak dari itu, aku menerima hakikat tentang kami. Aku pun tidak mahu menyalahkan Choo kerana mungkin ia silapku juga. Namun, hubungan aku dengan Choo masih lagi rapat tetapi kami tidak lagi menjalani hubungan seks. Jika ada jodoh kami akan bersama sebagai pasangan yang sah. Namun, aku doakan dia bahagia jika dia bukan jodohku.  Adakah aku kesal menyerahkan tubuhku kepadanya? Yang pasti, aku tidak pernah menyesal mencintainya walaupun cintaku hanya sekadar di atas katil.

Kongsikan artikel ini