X-FILES K: Dia Dipuja & Digilai Wanita Tapi Rupanya Dia Adalah..

“Saya amat meminati dia. Saya juga hampir jadi mangsanya. Saya terkejut dia berperangai seperti itu,” ujar seorang lelaki yang begitu kecewa dengan perangai seorang figura yang begitu kacak dan digilai ramai wanita.

 

Gambar sekadar hiasan dari Studio AAVEC Korea.

 

Mangsa yang mahu dikenali dengan panggilan Phy hampir kecewa dengan keputusannya untuk menuntut ilmu dari seorang lelaki bernama Zony yang sememang begitu berpengaruh di Kota Seoul.

 

Niat Phy berkongsi cerita benar ini bukanlah untuk membuka aib Zony. Sebalik, Phy berharap pemuja Zony berhati-hati dengan perangai licik figura tersebut yang begitu hipokrit. Malah, Phy mengatakan Zony bukanlah seorang yang jahat tetapi dia sebenarnya begitu ego dan berlagak dengan status dirinya sekarang yang sudah kaya raya dan dikenali di merata tempat.

 

Asalnya Phy hanyalah sekadar seorang peminat Zony. Disebabkan Zony mempunyai bakat dan cara tersendiri, Phy berhasrat mahu berjumpa Zony dan menuntut ilmu darinya. Walaupun Phy mendapat pelbagai rintangan untuk bersemuka dengan Zony, akhirnya berkat usaha Phy dia berjaya berjumpa Zony dan menjadikan Zony sebagai pendidiknya.

 

Selepas hampir 3 bulan mengenali Zony, Phy begitu gembira kerana Zony begitu handal dan sudah ketahui punca sebenar Zony dipuja dan gilai ramai wanita. Phy yang merupakan seorang lelaki mengakui Zony memanglah seorang lelaki kacak dan macho.

 

Namun, selepas rapat dengan Zony, Phy merasa amat pelik apabila Zony semakin hari semakin malas atau lebih selesa tidak berbaju apabila berada bersamanya. Apabila bertanya dengan orang disekelilingnya, ramai mengatakan itu adalah perangai biasa Zony yang sengaja tayang badan kerana mempunyai tatu yang unik dibadannya. Orang kata , Zony nak show-off. Phy juga mengatakan, Zony memang mempunyai bentuk badan menarik, seksi dan mengiurkan.

 

Oleh itu, Phy buat biasa-biasa saja. Namun, ada lagi kisah pelik berlaku apabila secara tiba-tiba Zony bersikap dingin apabila Phy mula rapat dengan kawan Zony yang turut mempunyai bakat besar yang namanya adalah Picky.

 

Picky adalah seorang lelaki yang agak pendiam dan serius orangnya. Dia sering datang ke studio berjumpa Zony dan selepas mengetahui Phy belajar di situ. Hampir setiap hari Picky datang dan mula berkawan dengan Phy. Keakraban Phy dan Picky buatkan Zony tidak selesa.

 

Suatu hari, tanpa belas kasihan Zony telah tengking dan halau Phy dari studio tanpa sebarang alasan. Phy terkejut dan hampir menangis kerana Zony memperlakukannya seperti seorang hamba yang membuat salah. Namun, Phy terus beredar. Apabila diperiksa, barulah Phy tahu bahawa bahawa Zony cemburu dengan Phy yang rapat dengan Picky.

 

Rupa-rupa, Zony dan Picky adalah pasangan kekasih songsang. Selama ini pun, Zony selalu tidak berpakaian selepas berasmara dengan Picky di studio. Phy terkejut dan bagaimana lelaki yang dianggap sempurna segalnya bagi Phy rupa-rupanya bukanlah lelaki sejati. Tambah pelik, selama ini Phy tahu bahawa Zony mempunyai banyak cerita mengenai wanita. Timbul tanda Tanya adakah selama ini ia hanya lakonan saja?

 

Apabila mengetahui kebenaran tersebut, Phy masih terus belajar dari Zony dan lebih berhati-hati. Namun, kisah tragis berlaku lagi apabila Zony dilihat kecewa dengan sesuatu. Perasaan kecewa itu telah membuatkan Zony hampir menodai Phy yang ketika itu hanya berdua-duaan di studio. Zony begitu rakus dan Phy menolak godaan Zony. Mereka bergelutan dan akhirnya Phy berjaya menepis dan menolak Zony sehingga rebah ke lantai di hadapan Picky secara tiba-tiba.

 

Phy terus berlari tanpa menghiraukan Picky dan Zony. Dalam keadaan fobia dan trauma, Phy menerima kiriman mesej dari Zony. Dia mengugut bahawa jangan sesekali datang ke studio lagi dan menceritakan hal sebenar. Malah, Zony mengatakan andai kata Phy berani mendedahkan akan hal itu, Zony tidak teragak-agak buat kecoh dan menjatuhkan maruah Phy secara meluas.

 

 

Walhal dalam hal ini, Zony yang bersalah tapi mengapa Phy yang dikatakan menjadi punca dan boleh malu andai Zony dedahkan kepada awam. Untuk mengelakkan sesuatu yang lebih berat berlaku, Phy terima keputusan tersebut dan merahsiakannya. Walaupun Phy terkejut dan masih trauma, Phy akur dan berterima kasih kepada Zony kerana mendidiknya dan Phy banyak belajar tentang ilmu yang sebelum ini tidak dapat ditempat lain dari Zony.

 

 

Namun, Phy tidak pernah lagi muncul dimana-mana program berkaitan dengan Zony. Pun begitu, Picky percaya ada sesuatu kesalahan yang dibuat Zony bukannya Phy. Picky masih hubungi Phy secara rahsia dan mereka masih berkawan tanpa pengetahuan Zony. Picky juga mohon maaf bagi pihak Zony.

 

Apa sekalipun, Zony kini semakin hebat dan akhirnya bertemu Phy diacara yang sama. Namun, Phy dan Zony pura-pura tidak mengenali satu sama lain. Malah Phy yang berkongsi cerita ini berharap Zony boleh berubah dan berdoa agar tiada lagi mangsa seterusnya. Cukuplah dia seorang saja tetapi mengesyorkan untuk lebih ramai menjadi pelajarnya..

Kongsikan artikel ini