Use your ← → (arrow) keys to browse
6) Imej yang ditonjolkan untuk Idol juga amat berlainan. Oleh kerana itu, anda boleh lihat hampir setiap Idol lelaki mempunyai wajah yang jambu dan feminin. Hakikatnya, mereka tidaklah sejambu dan sefeminin yang disangka. Sebenarnya, mereka juga dimakeupkan seperti perempuan dan kebanyakan juru solek di Korea adalah wanita dan bukannya lelaki atau golongan transgender. Oleh itu, jangan sesekali menyangka mereka yang berkecimpung dalam bidang Idol dalam kategori lelaki lembut dan homoseksual. Hakikatnya mereka bernampilan demikian demi melaksanakan kehendak kerjaya. Manakala Idol perempuan pula kebanyakan mempunyai dua imej iaitu sama ada comel atau pun seksi.