Dakwaan Buah Hati Park Seo Joon Dirampas Kawan Baik, Yoon Hyun Min Bertiup Kencang!

Angin bertiup kencang bahawa kekasih pelakon popular Korea, Park Seo Joon telah dirampas oleh kawan selebriti sendiri.

Baru-baru ini, video yang berjudul “Fox of an Actress Who Abandoned Her Loving Boyfriend Park Seo-joon and Transferred to Her Best Friend” telah dimuat naik di laman youtube dan mendapat perhatian ramai. Video tersebut disiarkan di saluran Amazing Show.

Gandingan bersama Baek Jin Hee


Kandungan video tersebut memeranjatkan ramai pihak. Menurut video itu, Park Seo Joon telah bersama dalam drama MBC berjudul Gold Come Out Talk pada 2013 bersama Baek Jin Hee. Mereka dikatakan menyulam cinta bersama dan telah digosipkan keluar berkencan banyak kali. Namun  mereka berdua telah menafikannya.

Sejak dari itu, banyak siasatan telah dibuat yang mana mereka mendapati Seo Joon telah berpindah rumah berdekatan tempat tinggal Jin Hee. Mereka juga dikhabarkan seronok jalan bersama di kawasan perumahan.

Yoon Hyun Min

Dalam pada itu, pihak agensi memaklumkan apabila seorang selebriti wanita mengumumkan hubungan cinta kepada publik, mereka tiada pilihan tetapi menafikannya kerana selepas itu hanya soalan cinta akan ditanya kepada selebriti berkenaan.

Sementara itu, berita buruk berlaku terhadap mereka berdua. Program Amazing Show mengatakan Jin Hee sebenarnya bersama dengan pelakon lain iaitu Yoon Hyun Min. Gosip mereka bercinta rancak dibicarakan. Seo Joon menjadi sahabat baik dengan Yoon Hyun Min selepas muncul dalam drama berkenaan.

Mungkinkah kekasih baru dari Hollywood?



“Park Seo Joon berada ditengah-tengah Yoon Hyun Min sebagai abang yang bekerjasama dalam drama dan ahli pasukan baseball selebriti. Tetapi hubungan Jin Jee bersamanya retak.Ia dibuktikan apabila Seo Joon tidak lagi follow Jin Hee dan Yoon Hyun Min,”dakwa program itu.



Sekarang ini, video berkenaan telah viral dan mendapat lebih 2.2 juta tontonan dan menimbulkan kekecohan industri hiburan Korea apatah lagi sekarang ini Seo Joon sedang aktif berlakon dalam filem Marvel yang terbaru.


Kongsikan artikel ini