Pulang Dari Amerika Dapat Covid-19, Kini Yoo Tae Oh Kembali Berlakon Selepas Pulih!

Pelakon kacak, Yoo Tae Oh yang berehat dari dunia lakonan kerana positif Covid-19 kini dilaporkan sudah pulih sepenuhnya dan kembali aktif di layar lakonan.

Pengesahan tersebut telah dilaksanakan agensi pelakon ini iaitu CJ Entertainment pada 21 Oktober dengan menyatakan aktor ini sudah keluar dari hospital pada waktu petang apabila disahkan sudah pulih sepenuhnya.


Pada 1 Oktober lalu, Yoo Tae Oh telah dimasukan ke wad hospital selepas didapati positif korona virus. Menurut laporan, aktor ini didapati positif selepas kembali dari Amerika Syarikat untuk menjalani penggambaran filem. Pun begitu, sebelum itu dia disahkan negatif.

“Yoo Tae Oh akan segera sambung filem dan pengiklanan yang tertangguh kerana dia mengikuti tempoh kuarantin yang telah ditetapkan,” kata wakil agensi.


Sementara itu, Yoo Tae Oh telah pergi ke Amerika Syarikat kerana dia berlakon dalam sebuah filem Hollywood berjudul Fast Lives.

Kongsikan artikel ini