Melekit Atau Tidak? Tular Oppa Korea Mandi & Basuh Muka Guna Air Coke!

Adakah air Coke Melekit? Itulah pertanyaan yang dibahaskan dua pelajar jurusan kejuruteraan yang turut bergelar youtuber. Perasaan ingin tahu kedua lelaki asal Korea ini terutama sekali pemilik saluran youtube 공대생 변승주 DS , Byeon Seung Joo telah mendorong mereka untuk melakukan cabaran untuk air berkarbonat kegemaran ramai iaitu Coke.

Byeon

Ramai sedia maklum, bahasa air coke yang biasa selalnya akan melekit kerana kandungan gula yang tinggi dalam minuman tersebut. Bagaimana pula dengan Coke yang dilabel sebagai Zero Cola.

Untuk mencari jawapan tersebut, kedua jejaka ini telah melakukan tiga kajian iaitu menyentuh dengan tangan yang mana meletakan air coke ke permukaan meja, membasuh muka menggunakan coke dan mandi air coke.

Walaupun perbuatan mereka dianggap pelik, nama perdebatan untuk pertanyaan ini menjadi isu dan tular di Korea disebabkan dia telah melakukan cabaran mandi air coke tidak seperti youtuber yang selalunya banyak membuat cabaran minum air Coke sebanyak mungkin.



Apakah jawapan tersebut? Anda boleh menonton sendiri gelagat mereka? Mungkin jua anda boleh mencabar diri anda untuk mencari jawapan sebenar. Difahamkan, jejaka yang bergelar oppa ini mendapat jawapan yang berbeza untuk ketiga-tiga peringkat kajian.