Rekod Sejarah Ke Malaysia, Ketahui 10 Sebab IU Kekal Popular & Disayangi Korea!

Nama penyanyi dari Korea Selatan, Lee Ji Eun atau lebih popular dengan nama IU terus melakar populariti memuncak bukan saja di Korea tetapi turut tersebar di seluruh dunia terutama sekali Asia termasuklah Malaysia. Selepas beberapa kali mencuba untuk menghiburkan peminat Malaysia, akhirnya IU yang dilahirkan pada 16 Mei 1993 di Songjeong Dong, Seoul rekod sejarah berjaya datang ke Malaysia dan bakal menghiburkan peminat tempatan di ibu kota pada Sabtu bersamaan 21 Disember 2019.

Gandingan IU bersama Yeo Jin Goo cipta fenomena baru di Korea.

IU yang pernah 20 kali gagal uji bakat dan ditipu banyak scammer di Korea sering saja menjadi bualan masyarakat Korea terutama sekali lelaki Korea iaitu Oppa. Malah, gadis kecil molek ini berjaya buktikan pada nama-nama besar di Korea serta pemilik syarikat hiburan terbesar Korea bahawa dia adalah figura yang berbakat besar.

 

IU terus berada di atas .

Berasal dari keluarga yang susah, IU kini tidak lagi menoleh ke belakang. Malah, dia juga antara Selebriti Korea yang paling pemurah dan tidak pernah lokek membantu insan lain dalam kesusahan. Bagi yang belum mengenal pasti IU, EH! KOREA BUZZ kongsikan 10 sebab IU disukai dan popular di Korea. Adakah anda juga rasa begitu?

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. COMEL
Bukan saja mempunyai wajah yang comel seperti bayi, karakter comel IU juga disenangi orang Korea. Malah, ramai jejaka Korea mengidamkan IU sebagai teman wanita. Ada juga menjadikan wajah comel IU sebagai rujukan untuk mencari teman wanita.

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse