10 Petua Swafoto Popular Orang Korea

Kebanyakkan masyarakat Korea agak pemalu untuk bergambar. Apatah lagi apabila diajak untuk berswafoto bersama. Ia berpunca daripada perasaan takut dan segan apabila gambar yang dihasilkan itu membuatkan wajah mereka nampak besar nanti.

 

 

Oleh kerana itu, orang Korea ada cara tersendiri untuk berswafoto agar diri mereka sentiasa nampak cantik dalam gambar setiap kali mengambil foto sendiri. Teknik yang dimasukkan itu adalah Gaya Ulzzang. Untuk pengetahuan, kebanyakkan pelatih K-POP akan diajar untuk menggunakan teknik tersebut bagi persediaan menjadi bintang K-POP. Malah, ramai bintang K-POP asalnya berstatus model Ulzzang sebelum mereka disunting menjadi artis K-POP.

 

Istimewa untuk pembaca EH! KOREA BUZZ, kami senaraikan 10 Tip Swafoto atau Selfie (Di Korea dipanggil Selca) Popular Orang Korea.

 

1. SENYUM WEDNESDAY

Senyum sewaktu bergambar melambangkan personaliti yang muda, segar dan menawan. Oleh itu, anda perlu tampilkan senyuman yang natural dan tidak nampak dipaksa. Jangan lupa senyum dengan mata anda. Ini kerana, seandainya mata anda tidak senyum, sudah pasti hasil gambar itu adalah senyuman yang tidak asli. Jadi, setiap kali mahu mengambil foto dengan teknik senyum, jangan gunakan perkataan CHEESE, sebaliknya sebutlah perkataan WEDNESDAY yang mampu membuatkan otot muka dibahagian mulut bergerak dan menghasilkan senyuman natural.

 


2. LIHAT ATAS

Anda perlulah tengok ke atas dan pandai bermain dalam memilih posisi yang menarik. Teknik ini memberi fokus kepada ekspresi wajah anda.

 

 

3. KEMBUNGKAN PIPI

Teknik ini mampu membuatkan wajah anda nampak comel, muda dan segar.

 


4. JELIH LIDAH

Hasilnya membuatkan wajah anda seperti budak nakal, bertenaga dan seksi.

 

5. TANGAN TUTUP MULUT

Anda pasti nampak misteri dan malu.

 

6. TANDA AMAN & TANDA HORMAT

Sudah pasti gaya yang sentiasa digunakan oleh semua orang diseluruh dunia. Anda akan kelihatan seperti nakal dan comel.

 

Manakala Tanda Hormat menghasilkan gambar yang sangat cool dan trendy.

 

7. KENYIT MATA

Menarik minat orang melihat lebih gambar anda dan menyerlahkan personaliti anda.

 

8. SEPERTI KUCING

Gaya animasi kartun popular dan makin ramai suka dengan gaya ini. Menampakkan anda seperti seorang yang nakal, bertenaga dan ceria.

 

9. PURA-PURA MAKAN & MINUM

Hasilkan gambar spontan sewaktu anda makan atau minum. Menghasilkan aura yang natural dan menampakkan anda seperti budak baik yang tidak bersalah.

 

10. BARING & TIDUR

Jika anda berpura-pura baring, ia sedikit sebanyak menggoda si pemerhati gambar anda. Anda juga akan nampak sangat tenang.

 

Malah, gaya tidur membuatkan anda nampak tidak bersalah dan tenang saja.