15 Selebriti Wanita Korea Cantik Semulajadi

Prev1 of 16

 

Foto-Sumber NAVER

 

Amat sukar sekali bagi masyarakat Korea Selatan untuk mengetahui selebriti wanita mereka yang langsung tidak mengambil pembedahan plastik. Apatah lagi bagi masyarakat antarabangsa yang amat meminati dunia muzik K-Pop dan drama Korea untuk menilai dan mengetahui artis yang benar-benar mempunyai kecantikan asli.

 

Malah menurut pakar fesyen Korea Selatan, Danny Kim, boleh dikatakan hampir separuh artis Korea Selatan menjalani pembedahan plastik untuk kekal cantik dan nampak muda.

 

Bagaimanapun, kebanyakkan mereka tidaklah mengambil pembedahan secara major. Bagi artis wanita, kebanyakkan mereka lebih gemar membuat pembedahan di bahagian mata manakala artis lelaki pula membuat perubahan di bahagian hidung.

 

Apa sekalipun, industri hiburan Korea masih lagi berbangga kerana masih mempunyai Selebriti Wanita yang mempunyai kecantikan semula jadi. Malah, ada di antara mereka lebih cantik tanpa mengenakan sebarang solekan.

 

Sebahagian mereka yang ini juga bukan saja memiliki wajah yang cantik sempurna tetapi turut diberi perhatian kerana memiliki tubuh badan yang menarik.

 

Dari senarai 15 Selebriti wanita ini, pelakon Jun Ji Hyun dan Song Hye Kye berada di tangga teratas bagi kategori pelakon kerana kejelitaan mereka yang semula jadi. Malah, mereka berdua seperti tidak makan dek usia kerana langsung tidak berubah dari segi wajah dan fizikal dari mula pembabitan mereka sehinggalah pada masa kini.

 

Bagi penyanyi atau bintang K-POP pula, nama seperti Yoona Girl Generation dan Suzy Miss A sepertinya menjadi pilihan masyarakat Korea. Malah, kecantikkan kedua-dua bintang K-POP ini menjadi rebutan pelbagai agensi pengiklanan di Korea Selatan untuk mengambil mereka berdua sebagai model atau pun duta.

 

Suzy pula telah dilaporkan mendapat pendapatan paling tinggi dengan menjadi duta dan model produk kecantikan saja di Korea Selatan berbanding menjadi pelakon dan penyanyi.

Prev1 of 16

Kongsikan artikel ini