8 Perbezaan Solekan Gaya Korea & Jepun, Mana Satu Rujukan Anda?

2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

  1. Solekan Asas Wajah

    Menerusi solekan wajah, kedua-dua negara ini menggunakan jenis produk yang sama. Namun cara penggunaannya berbeza. Untuk solekan asas, mereka akan menggunakan BB Cream untuk mengawal perubahan warna kulit. Semakin tua, kulit akan berubah disebabkan beberapa faktor. Antara faktor tersebut adalah pendedahan dengan sinaran matahari yang boleh membuatkan kulit berkedut. Oleh itu, wanita di Korea dan Jepun mengambil langkah berjaga-jaga dengan menggunakan BB Cream yang melindungi dari cahaya UV serta mengurangkan kerosakan kulit wajah.Menyentuh mengenai solekan membentuk raut wajah, wanita Korea lebih suka menggunakan warna yang lebih terang dari warna kulit mereka. Dalam peraturan solekan orang Korea, penggunaan warna asas yang lebih cerah adalah bagus untuk menyerlahkan keremajaan kulit. Bagaimanapun, wanita Jepun lebih suka menggunakan asas warna yang betul-betul mengikut warna kulit mereka untuk kelihatan lebih natural.
2 of 9
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini